Team Ninja kini fokus untuk menjadikan yang terbaik untuk Nioh.

Nioh terus mendapat respon positif dalam komuniti gaming melalui sesi-sesi percubaan beta yang telah diterbitkan beberapa bulan lepas. Namun begitu, Nioh bukanlah suatu game yang sesuai untuk semua kerana ia akan memberikan cabaran kepada pemain-pemain.

Bercakap dengan Destructoid, direktor bagi Nioh dari Team Ninja iaitu Fumihiko Yasuda menyatakan mereka telah mengambil input daripada peminat-peminat dan terus memperbaiki kelemahan seperti kawalan dan posisi kamera. Mereka juga telah mengambil tindakan untuk mempastikan Nioh akan terus memberikan musuh-musuh yang mencabar.

Beliau turut menyatakan bahawa Nioh banyak dipengaruhi oleh siri Souls, Bloodborne malah Diablo! Pemain-pemain boleh menjangkakan sistem looting yang pelbagai dan menarik kelak.

Satu komen yang menarik daripada Yasuda, beliau sendiri menerima bahawa Ninja Gaiden 3 dan Yaiba: Ninja Gaiden adalah projek yang gagal kerana Team Ninja gagal memberikan fokus sepenuhnya tetapi berharap perkara ini dapat dielakkan dengan Nioh.

Diumumkan beberapa bulan lepas, Nioh akan mempunyai pelbagai display mode khas untuk PS4 dan PS4 Pro.

Nioh akan diterbitkan pada 7 Februari eksklusif untuk PlayStation 4.

Comments

comments