Koei Tecmo umumkan mereka sedang membangunkan sekuel kepada Nioh ketika persidangan Sony E3 2018. 

Dikhabarkan William, protagonis yang dahulu melawan syaitan-syaitan Oni kini menjadi salah satu daripada mereka apabila karakter tersebut dilihat menarik 2 tanduk keluar dari kepalanya lalu berubah menjadi demon berapi ganas! William, is that you?


Kali ini terdapat banyak game hack-and-slash-esque /action RPG hardcore di umumkan di E3 2018 seperti Ghost of Tsushima dan Sekiro: Shadow Dies Twice serta meletakkan Nioh 2 antara game yang dinanti-nantikan.

Nioh yang pertama diterbitkan pada Februari 2017. Tiada tarikh pelancaran diumumkan lagi untuk sekuel nya ini.

Comments

comments