Di dalam livestream pengumuman Nintendo Switch yang berlaku sebentar tadi, beberapa maklumat telah dikongsi.

Maklumat Nintendo Switch

Nintendo Switch akan dilancarkan 3 Mac, serentak di seluruh dunia. Ianya akan berharga 29,980 yen (~RM1164), USD299.99(~RM1339) dengan variasi harga di rantau lain. Nintendo Switch takkan dijual sekali (bundle) dengan game bagi mengekalkan tawaran harga yang rendah ini, menurut tweet Takashi Mochizuki, yang mengesahkan pengumuman daripada Nintendo sebelum ini.

Nintendo Switch Console akan menampilkan skrin multi-touch capacitive 6.2 inci pada resolusi 1280×720.

Nintendo Switch juga adalah region-free, bermakna korang boleh memainkan sebarang game dari mana-mana region/rantau. Ini adalah kali pertama Nintendo melakukannya, kerana sebelum ini mereka cukup terkenal mengunci game di region ianya dilancarkan. Lepas ini, bolehlah kita import game dari serata dunia!

Bateri Nintendo Switch mampu bertahan selama 3.5 jam sehingga 6.5 jam bergantung kepada penggunaan. Ianya akan menggunakan charging port USB-C yang terletak di bawah unit.

Nintendo Switch akan mempunyai saiz simpanan 32 GB. Bagaimanapun ianya juga boleh dimuatkan dengan kad Micro SDX sehingga 256GB (tersedia di pasaran) ataupun 2TB (secara teori, nantikan ia di masa hadapan).

Nintendo Switch akan mempunyai dua speaker di bahagian bawah dan headphone jack 3.5mm di atas.

Servis online juga telah diumumkan. Ianya akan percuma semasa pelancaran dan akan menjadi servis online berbayar seperti Xbox Live Gold atau PS Plus menjelang September-Oktober 2017. [KEMASKINI] Harga langganan servis online Nintendo Switch akan diletakkan pada harga sekitar 2,000 – 3000 Yen (~RM78 – 117) setahun! Ini meletakkan harga langganan servis online Nintendo Switch lebih murah daripada PlayStation Plus dan Xbox Live!

Controller JoyCon Nintendo Switch Dipenuhi Teknologi

Controller JoyCon Switch akan mempunyai sensor gyro dan motion, butang A, B, X, Y dan Home, analog stick yang boleh ditekan, butang Capture seperti butang Share Sony dan NFC reader bagi Amiibo dan peranti lain. JoyCon controller juga bakal hadir dengan pilihan warna Neon Blue dan Neon Red.

JoyCon controller berwarna merah dan biru. Baru la swag!

Nintendo Switch bakal hadir dengan dua controller JoyCon, tetapi ianya boleh menampung sehingga 8 orang pemain. JoyCon kanan mempunyai sensor InfraRed (IR) yang mampu mengesan bentuk dan jarak objek. Ianya juga mempunyai sistem rumble dalaman yang cukup sensitif yang dikenali sebagai HD Rumble.

Bateri JoyCon mampu bertahan sehingga 20 jam. JoyCon Grip yang datang bersama Nintendo Switch takkan mengecas JoyCon korang ketika digunakan bersama. Sebaliknya, jika korang ingin mengecas semasa menggunakannya ketika berjalan-jalan, kenalah beli aksesori ekstra Joy-Con Charging Grip yang berharga USD30 (~RM134).

Game-Game Nintendo Bakal Hadir Ke Nintendo Switch

JomBaca: 32 Video Game Yang Bakal Diterbitkan Untuk Nintendo Switch Setakat Ini

1-2 Switch adalah koleksi game yang boleh dimainkan tanpa perlu melihat skrin Switch. Ianya dilihat sebagai party game. Antara game yang dapat dikenalpasti boleh dimainkan adalah seperti duel menembak, menari, dan macam-macam lagi.

Arms adalah sebuah fighting game di mana setiap karakter memiliki tangan yang boleh dipanjangkan. Gunakan JoyCon untuk menumbuk pihak lawan.

Splatoon 2 diumumkan akan dilancarkan sekitar Jun-Julai 2017 nanti. Senjata dan map baru telah dirancang.

Super Mario Odyssey akan mencampak Mario keluar daripada Mushroom Kingdom memasuki dimensi lain. Gameplay baru juga diumumkan bagi game ini – mungkin elemen Augmented Reality dapat dimainkan.

The Legend of Zelda: Breath of the Wild akan dilancarkan sekaligus dengan Nintendo Switch pada 3 Mac.

Game-Game Lain Bakal Hadir Ke Nintendo Switch

Beberapa game lain turut diumumkan seperti Fire Emblem Warriors, Xenoblade Chronicles 2Dragon Quest 11, Dragon Quest Heroes, Shin Megami Tensei terbaru.

Sega, EA, Bethesda mengumumkan sokongan mereka terhadap Switch.

Bethesda telah mengumumkan secara rasmi Skyrim bakal diterbitkan bagi Switch! EA telah mengumumkan EA Sports FIFA.

Goichi “Suda51” Suda, juga telah mengesahkan game No More Heroes terbaru juga bakal diterbitkan bagi Switch.

Beberapa game dipertontonkan, dan akan diumumkan kelak.

Nintendo, shut up and take my money!

Comments

comments