Semua persoalan kita tentang konsol terbaru ini akan terjawab dalam masa kira-kira sebulan dari sekarang.

Kemaskini: Presentation Nintendo Switch sudah boleh ditonton melalui YouTube.

Nintendo telah mengumumkan bahawa mereka bakal mengadakan Nintendo Switch Presentation 2017, sebuah acara livestream khas untuk konsol terbaru mereka, Nintendo Switch.

Mereka bakal mendedahkan harga, tarikh tepat ia akan dikeluarkan, dan senarai game yang bakal muncul untuk Switch.

Acara tersebut akan diadakan pada 13 Januari 2017, pukul 12 tengah hari waktu Malaysia.

Anda boleh tontonnya nanti di laman web rasmi Nintendo Switch.

Minggu lalu, Nintendo telah memperlihatkan Switch buat pertama kalinya kepada umum dalam sebuah rancangan televisyen di Amerika Syarikat.

Switch akan dilancarkan pada bulan Mac 2017.

Comments

comments