Harga Nintendo Switch serta Switch Pro Controllers telah dilaporkan oleh beberapa sumber.

nintendo-switch

Menurut LetsPlayVideoGames, penjual di UK, GAME telah mempunyai harga Nintendo Switch untuk model asas dan model premium, serta Switch Pro Controllers, di mana ia telah disahkan oleh dua sumber yang boleh dipercayai.

Model asas Nintendo Switch bakal berharga GBP199.99 (~RM1,085), dan model premium pula yang dikatakan akan mempunyai internal storage yang lebih besar serta didatangkan dengan sebuah game akan berharga GBP249.99 (~RM1,357). Game yang didatangkan bersama model premium tersebut masih belum diketahui.

Sumber tersebut juga mengatakan bahawa Switch Pro Controllers akan berharga GBP39.99 (~RM217).

Ia turut menyatakan, “Nintendo merancang untuk Switch memiliki harga yang rapat dengan tukaran wang langsung (direct conversion) di setiap rantau (region), di mana mereka dikatakan bakal membawakan sistem yang tidak terbatas dengan mana-mana region (region free).”

Multiplayer dalam Nintendo Switch

Laporan ini diperkukuhkan lagi apabila Toys ‘r Us Canada dikatakan telah memuat naik secara tidak sengaja harga Nintendo Switch. Ia menyenaraikan konsol/handheld ini dengan harga CAD329.99, iaitu harga yang sama jika ditukarkan dengan harga dari kedai GAME di atas.

Berikut adalah screenshot yang sempat diambil oleh Wccftech di laman web Toys ‘r Us Canada, yang mana harga yang telah dipaparkan itu sudah dibuang:

toysrus_switch_price

Harus diingat bahawa harga-harga Ringgit Malaysia ini merupakan direct conversion, dan ia mungkin akan berubah apabila memasuki pasaran Malaysia jika terdapat perubahan pada kedudukan Ringgit.

Sebelum ini, beberapa penganalisi industri telah bersetuju bahawa harga Nintendo Switch tidak sepatutnya melebihi RM1,255.

Comments

comments