Seronoklah pemilik-pemilik Nintendo Switch – boleh join kegilaan Monster Hunter!

Capcom telah mengumumkan Monster Hunter XX bagi pasaran Barat dengan nama Monster Hunter Generations Ultimate (MHGU).

Sebagai port daripada game handheld 3DS yang semestinya lebih underpowered, Monster Hunter Generations Ultimate pastinya akan menggunapakai kemampuan Nintendo Switch yang lebih berkuasa.

MHGU menjanjikan barisan monsters yang ramai (paling banyak dalam siri Monster Hunter), dan juga gameplay Monster Hunter yang lebih tradisional. Jom layan trailer pengumumannya:

MHGU akan diterbitkan dalam versi fizikal dan digital buat Nintendo Switch di Amerika Utara dan Eropah pada 28 Ogos 2018.

Comments

comments