Untunglah dapat 3DS XL percuma!

Nintendo membuat kejutan Krismas bagi para penumpang Southwest Airlines, syarikat penerbangan kos rendah terbesar di dunia. Setiap penumpang di salah sebuah penerbangan tersebut menerima Nintendo 3DS baru dan salinan digital game Super Mario Maker bagi 3DS tersebut!

Lagi best, sejurus selepas mereka mendarat di Los Angeles, Mario pula menyambut ketibaan mereka! Saksikan video acara ini di Twitter Southwest di bawah!

Penulis menantikan Sony Malaysia dan AirAsia buat sesuatu seperti ini juga. Harap-harapnya penulis turut berada di tempat kejadian semasa ianya berlaku nanti. Psstt, PS4 Pro please.

Comments

comments