Luaskan kuasamu Nintendo.

nintendo-universal-studios

Tahun lalu, Nintendo umumkan bahawa jenama mereka akan dibawakan ke dalam taman tema Universal Studios Japan. Terbaru, dalam satu video yang dimuat naik di channel Nintendo, mereka umumkan bahawa perancangan ini akan dibawa ke Universal Studios Orlando dan Hollywood juga.

Maklumat lanjut mengenai kerjasama ini akan didedahkan pada masa akan datang, dan ia dijangka akan siap dalam beberapa tahun lagi.

Pastinya, harapan kita agar Nintendo juga akan membawakan jenama mereka ke Universal Studios Singapore. Para peminat setia Nintendo juga mempunyai jumlah yang ramai di Asia Tenggara ini. Kita juga tidak mahu lepaskan peluang menyaksikan karakter-karakter ikonik Nintendo ini “dihidupkan” dalam sebuah taman tema!

Comments

comments