Suatu pencapaian yang boleh dipuji buat Nintendo.

Pada hujung minggu lepas, Nintendo 3DS telah berjaya mencapai jualan sebanyak 21,913,661 di Jepun manakala PS2 sebanyak 21,833,216. Walaupun jualan Nintendo 3DS tidak begitu memberansangkan secara global, jumlah ini adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan memandangkan PlayStation 2 merupakan konsol yang paling banyak terjual oleh Sony buat masa ini.

Kita nantikan bagaimana pula prestasi jualan Nintendo Switch yang bakal dipasarkan pada 2017 nanti.

Sumber dari 4Gamer.

Comments

comments