Newbee ke Team Liquid – siapa pilihan korang?

Hari kedua di ESL One Genting 2018 diserikan dengan pertembungan nama-nama besar di dalam arena DotA 2 antarabangsa – kitorang terasa seperti acara ini sudah mencapai tahap tournament Valve Major.

Team Secret yang menjadi fan favourite dan ditambah pula dengan penyertaan Khoo “Ohaiyo” Chong Xin menggantikan Adrian “Fata” Trinks telah menyebabkan Arena of Stars, Resort World Genting digegarkan oleh sorakan penonton.

Tambahan pula selepas kontroversi penyingkiran Ohaiyo daripada team Fnatic, penonton mengharapkan sedikit pembalasan buat Ohaiyo kerana berjaya “sampai” ke peringkat semifinals berbanding Fnatic yang tersingkir lebih awal.

Sumber: ESL One Genting 2018 Stream

Bagaimanapun, Newbee ternyata terlalu gagah di dalam permainan mereka pada pusingan pertama mengalahkan Team Secret dengan penuh bergaya. Pusingan kedua melihat Team Secret mendahului dengan margin yang besar, tetapi Newbee melakukan comeback dan meletakkan Team Secret pada upset kekalahan 2-0.

Kuro KuroKy Salehi Takhasomi Team Liquid

Pertemuan seterusnya di antara Team Liquid dan Evil Geniuses juga mengundang perhatian ramai peminat DotA 2. Team Liquid yang menjuarai The International 7, StarLadder i-League Season 3 dan DotA Pit masih dijulang peminat-peminat mereka walaupun dikalahkan Virtus.Pro dan Team Secret di ESL Hamburg dan DreamLeague Season 8.

Team Evil Geniuses juga turut mempunyai barisan peminat mereka sendiri. Walaupun selepas persembahan mengecewakan di The International 7, mereka tetap memenangi tempat ke-3 di DreamLeague Season 8. Selepas itu, mereka terus memperkukuhkan lineup mereka dengan memasukkan Rasmus “MiSeRy” Filipsen sebagai kapten, menyingkirkan Saahil “UNiVeRsE” Arora (yang kemudiannya menyertai Fnatic menggantikan Ohaiyo), memindahkan Sumail “Suma1L Hassan ke offlane, Artour “Arteezy” Babeav ke mid dan Clinton “Fear” Loomis ke carry – nama-nama yang meyakinkan peminat-peminat mereka.

Bagaimanapun, ternyata Team Liquid terlalu hebat dan mengalahkan Evil Geniuses pada pusingan pertama yang berlangsung hanya selama 22 minit! Pusingan kedua pula lebih menyedihkan apabila pada minit ke-18, EG berjaya mendapat 1 kill sedangkan Team Liquid sudahpun mendahului dengan 21 kills! Perlawanan berakhir dengan dominasi Team Liquid dan Evil Geniuses pulang dengan persembahan mengecewakan peminat-peminat mereka.

Besok, Newbee akan bertemu dengan Team Liquid sekaligus mengulangi perlawanan terakhir di The International 7 yang lalu. Adakah Team Liquid akan mengulangi persembahan hebat mereka, ataupun adakah Newbee akan dapat menebus kekalahan mereka?

Siapa yang akan menjulang trofi ESL One Genting 2018 besok dan membawa pulang USD160,000? Sama-sama kita saksikan perlawanan grand final antara Newbee dan Team Liquid besok jam 3 petang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.