Organisasi eSports dari China telah mengumumkan pasukan terbaru DotA 2 – Newbee.Boss.

Seperti yang diumumkan di Twitter rasmi Newbee, Newbee.Boss akan membariskan gamer wanita Axx (nama sebenar tidak diketahui), beserta veteran-veteran Zhang “xiao8” Ning, Wong “ChuaN” Hock Chuan, Luo “Ferrari_430” Feichi dan seorang pemain baru iaitu Zei9 (nama sebenar tidak diketahui). Ini mungkin menjadikan Newbee.Boss sebagai satu-satunya team DotA 2 yang bertanding di acara besar dengan pasukan jantina campuran!

Profail Dotabuff Axx menunjukkan MMR melebihi 7k, dan cenderung bermain mid heroes.

Xiao88 pula adalah sebahagian daripada team Newbee, juara di The International 2014. Beliau kemudiannya mengumumkan ‘persaraan sementara’ sebelum menandatangani kontrak bermain dengan team LGD.

Ferrari_430 pula adalah carry player yang menyertai Newbee selepas lama bersama Invictus Gaming. Beliau bersama IG selama 5 tahun hingga bersama membawa team itu menjadi juara The International 2012.

Anak Malaysia, ChuaN pula telah bersama Newbee sejak Disember 2015. Pasukan itu bagaimanapun gagal cemerlang di The International 2016 walaupun mendapat tempat ke-3 di Manila Major awal tahun tersebut.

Tidak banyak diketahui berkenaan Zei9, selain daripada khabar angin yang mengatakan beliau adalah anak kepada billionaire China. Beliau dijangka akan memainkan peranan support di dalam Newbee.Boss.

Roster lock DotA 2 baru saja berlaku, dan nampaknya Newbee.Boss terlepas mendaftarkan roster baru mereka daripada mendapat jemputan ke acara-acara major dan akan terpaksa melalui peringkat kelayakan terbuka.

DotA 2 Major terdekat adalah Kiev Major 2017 yang dijadualkan akan berlangsung 20 – 23 April di Kiev, Ukraine.

Comments

comments

WordPress database error: [Got error 28 from storage engine]
SELECT t.*, tt.* FROM wp_terms AS t INNER JOIN wp_term_taxonomy AS tt ON t.term_id = tt.term_id INNER JOIN wp_term_relationships AS tr ON tr.term_taxonomy_id = tt.term_taxonomy_id WHERE tt.taxonomy IN ('post_tag') AND tr.object_id IN (24996) ORDER BY t.name ASC

WordPress database error: [Got error 28 from storage engine]
SELECT t.*, tt.*, tr.object_id FROM wp_terms AS t INNER JOIN wp_term_taxonomy AS tt ON t.term_id = tt.term_id INNER JOIN wp_term_relationships AS tr ON tr.term_taxonomy_id = tt.term_taxonomy_id WHERE tt.taxonomy IN ('category', 'post_tag', 'post_format') AND tr.object_id IN (42406) ORDER BY t.name ASC