Ghost Games telah menggambarkan secara keseluruhan tentang apakah yang bakal diberikan kepada pemain dalam update pertama Need For Speed.

need-for-speed-3

Semasa pelancaran, Need For Speed merupakan sebuah game yang sangat jauh dari kesempurnaan. Jadi, Ghost Games telah mengumumkan mengenai update pertama bagi game ini yang akan menemui para pemain selewat-lewatnya akhir bulan November ini.

JomBaca: Need For Speed: Segala Content & DLC Akan Datang Adalah Percuma?

Mereka telah memperkenalkan Under The Hood, sebuah siri yang akan membincangkan apakah yang sedang berlaku di sebalik tabir game ini. Untuk edisi pertama bagi siri ini, mereka akan membincangkan feedback-feedback yang telah diterima dari para pemain serta apa yang pemain boleh jangkakan dari update pertama ini.

Secara keseluruhan, inilah antara feature dan tweak yang akan dikeluarkan:

  • AI Catch Up yang lebih seimbang (terutamanya mengenai rubber banding AI)
  • Feature baru dalam Wrap Editor
  • Fungsi cermin
  • Memperbaiki pemilihan warna
  • Hoonicorn dan Morohoshi-San Diablo
  • Diberikan ‘gift’ selepas menyelesaikan narrative threads masing-masing
  • Pandang pertama terhadap lampu neons
  • Morohoshi-San Diablo versi Old-skool
  • penambahan REP 50-60
  • Penambahan 3 kali ganda Trophies & Achievement
  • Daily Challenges yang baru
  • 30 pre-set wraps yang baru
  • Penambahbaikan bugs dan tweaks secara umum

need-for-speed-depan

Need For Speed telah dilancarkan pada 3 November 2015, dan kami telah pun membuat review untuk game ini.

JomBaca: Need For Speed: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Comments

comments