Ghost Games, developer Need For Speed berkata segala content dan DLC yang akan dikeluarkan untuk game ini akan diberikan secara percuma.

Electronic Arts (EA) nak bagi DLC percuma? Biar Betul?!

need-for-speed-10

Jangan lupa baca ini: Need For Speed: Senarai Ubahsuai Visual Parts Untuk Setiap Kereta

Ya, benar. Itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Creative Director game ini, Craig Sullivan. Memetik kata-kata beliau:

“Secara jujur, tiada sebarang perancangan langsung untuk mengenakan sebarang caj kepada content dalam game ini.

Kami akan memberikan segalanya dengan percuma. Saya telah melihat perancangan untuk beberapa minggu dan bulan akan datang – tiada apa-apa (bayaran) di situ.”

Beliau juga berkata game ini tiada platform yang dibina untuk melakukan pembelian untuk menyokong sebarang content berbayar.

“Perancangan adalah untuk tidak membenarkan sebarang pembelian dalam game ini. Semua content yang akan kami berikan – dengan jumlah yang agak banyak, bermula dalam masa terdekat – adalah percuma. Itulah yang berhak diterima oleh pemain.”

need-for-speed-3

Adalah sesuatu yang sangat jarang untuk EA memberikan content dan DLC percuma. Kita tengok sajalah sama ada ‘janji’ ini benar-benar akan ditunaikan.

Apa-apa pun, kalau korang masih lagi berkira-kira sama ada mahu mendapatkan game ini ataupun tidak, jom baca review kami: Need For Speed: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Comments

comments