Need For Speed Payback mendapat kemaskini kandungan pertamanya pada 19 Disember. Kemaskini itu memperkenalkan events terbaru dan kereta terbaru serta beberapa ciri-ciri lain.

Speedcross ialah mode terbaru dan juga mempunyai kelas kereta tersendiri yang terbaru dalamnya. Speedcross ialah acara perlumbaan di mana korang bersaing dengan pelumba AI lain, berlumba untuk mendapatkan markah tertinggi dengan beberapa laluan yang penuh dengan cabaran. Laluannya menampilkan zon drift, lompatan, perangkap laju dan juga boleh melanggar benda-benda sehingga hancur.

Speedcross menghimpunkan 16 acara terbaru, empat untuk setiap zon dalamnya adalah open-world. Jalan cerita kali ini meletakkan pemain sebagai karakter Mac (pakar pelumba drift/jalan luar) dalam Mini John Cooper Works Countryman, menumpaskan beberapa bos. Kereta terbaru dalam acara speedcross ialah Infinite Q60 S. Tiga buah lagi kereta berada dalam kelas tersebut. Lebih banyak maklumat boleh dilihat di video di bawah:

Tambahan lagi, enam buah kereta yang sudah wujud dalam senarai kenderaan Need For Speed Payback sebelum ini, yang mana perlu di-unlock dengan bermain, sekarang boleh mendapatkannya sebelum mencapai proses unlock tersebut.

“Abandoned cars” kini boleh dijumpai di seluruh peta dunia Need For Speed Payback. Pemain yang dapat menjumpainya boleh mencuri kereta itu dan akan dikejar oleh pihak polis. Jika pemain berjaya meloloskan diri, pemain boleh menyimpan kereta itu buat selamanya. Walau bagaimanapun, ia boleh di-unlock melalui pengedar kereta di mana ia boleh diambil semula daripada pengguna secara kekal.

Post blog dari Ghost Games berkata kereta pertama yang akan boleh dicari ialah Mazda RX-7 Spirit R (salah satu kereta terawal yang boleh di-unlock) lebih banyak akan hadir dalam minggu-minggu seterusnya. Kereta-kereta lain seperti Volvo 242DL, Volvo Amazon P130, Plymouth Barracuda, Nissan Skyline 2000 GTR dan BMW M3 Evolution II E30.

Kandungan kemaskini terbaru ini akan menambah mode game terbaru ke dalam acara cabaran speedlist, sokongan kawalan stering untuk dua lagi kawalan dari Logitech dan bahagian-bahagian kosmetik tambahan untuk empat buah kereta BMW.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.