Selepas 2 tahun berehat dari mencelah dan memotong dalam dunia game street racing, siri Need For Speed (NFS) kembali dengan edisi Reboot 2015.

12186427_1654556341494679_8221665728468346928_o

Persoalan yang sentiasa bermain di minda peminat siri ini – adakah siri ini bakal kembali ke era keemasan mereka seperti mana yang telah mereka capai pada NFS Underground dahulu?

Jangan ketinggalan ini: Need For Speed: Senarai Ubahsuai Visual Parts Untuk Setiap Kereta

Handling Ketika Memandu? Handling Setup? Drift? Ahh Semuanya Mantap!

Tidak keterlaluan untuk kami katakan bahawa handling game ini merupakan handling game racing bersifat-arcade terbaik pernah kami mainkan. Pemanduan yang terasa sungguh smooth, sungguh menyegarkan – rasa amat berbeza dari game racing yang ada di luar sana, contohnya The Crew.

Ditambah pula dengan sistem pelanggaran antara kereta lawan yang sangat dinamik, serta controller yang bergegar setiap kali pelanggaran membuatkan kami terasa benar-benar berada dalam dunia game ini.

need-for-speed-2

Salah satu feature terbaik yang kami rasakan ialah setup Handling Style-nya. Feature ini meletakkan sebuah sistem setup yang berada di antara kebebasan mengubahsuai yang sangat teliti seperti dunia sebenar dan setup yang masih lagi ada unsur arcade racing.

Senang kata, handling setup yang terdapat dalam game ini amatlah teliti, namun tidaklah terlalu rumit untuk para pemain yang kurang arif tentang hal-hal berkaitan kereta! Dengan adanya Handling Style ini, para pemain boleh memilih sama ada mahukan handling yang ke arah Grip ataupun Drift.

need-for-speed-3

Ah sebut pasal Drift – sepertimana kami sebutkan mengenai handling di atas, pengalaman Drift dalam game ini juga mungkin merupakan gameplay Drift yang terbaik pernah dihasilkan. Kesan bunyi yang sungguh mantap, asap yang keluar ketika menarik handbrake, dan handling yang sangat kemas menjadikan semua perencah diadun dengan sempurna ke sebuah gameplay Drift yang sangat mengasyikkan.

Visual Customisation Yang Amat Teliti.

Sebut sahaja siri NFS, pastinya peminat sentiasa ternanti-nanti adakah visual customisation yang dihidangkan mampu menambat hati pemain ataupun sebaliknya. Sebaik sahaja kami masuk ke dalam Garage, kami sudah dapat rasakan inilah ‘Need For Speed’ yang kami nanti-nantikan!

Walaupun tidak semua visual parts dapat ditukar untuk setiap kereta seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, kami merasakan itu adalah satu tindakan yang perlu untuk mengekalkan keseimbangan dan realistik sesebuah kereta yang diubahsuai itu. Pastinya kita tidak mahu kereta-kereta exotic seperti Ferrari F40 ditukar bumper hadapannya dengan bumper yang fancy-fancy, ya tak?

Need-for-Speed-2015-drift

Di sebalik kurangnya visual customisation untuk kereta exotic, pengalaman kami mengubahsuai Mitsubishi Lancer Evolution IX dan Nissan Skyline GT-R V-Spec (R34) (pfftt come on, game street racing kot, takkan nak pakai Lamborghini Aventador), sangatlah mengujakan!

Customisation rim yang teliti dan pemilihan warna yang sangat luas (pilihan saturation, metallic, smoothness dan lain-lain) membuatkan kami menghabiskan lebih banyak masa di dalam Garage daripada keluar meneroka dunia open-world game ini!

Ditambah pula dengan sticker-sticker yang sangat banyak dan menarik (walaupun ada sticker-sticker yang tidak perlu seperti sticker DICE, Plant vs Zombies, dan unicorn haha!) membuatkan kami tidak senang duduk di dalam Garage!

need-for-speed-3

Jalan Cerita Yang Sangat, Sangat Membosankan!

Senang cerita, 1 jam pertama game ini disajikan dengan 45 minit jalan cerita yang sangat, sangat membosankan! Permulaan jalan ceritanya amat perlahan dan bagaimana watak utama berjaya masuk ke dalam geng itu sentiasa menjadi tanda tanya. Seolah-olah plot yang tiada titik permulaan dan tergantung.

Walaupun dengan menghasilkan cinematic live-action dengan mengambil ikon-ikon sebenar dalam dunia perlumbaan seperti Ken Block dan Nakai San, jalan cerita dan lakonan mereka adalah sangat kaku, keras dan seperti terlalu dipaksa. Tiada jiwa, kata orang.

need-for-speed-4

Setiap watak tidak langsung memberikan impak kepada kami. Watak-watak ini mudah dilupakan dalam jangka masa pendek. Perkaitan dan sambungan antara mission-mission yang dimainkan dengan dan cut-scene adalah seperti menonton satu jalan cerita yang tiada arah tuju. Kami sering tertanya-tanya, apakah kaitannya mission ini dengan cut-scene yang tadi?!

Dialog pula… Ah, sungguh terseksa kami untuk menonton setiap cut-scene kerana dialognya hanya seperti bebelan yang tidak ada signifikan langsung kepada jalan cerita. Ditambah lagi dengan watak utama yang tidak bercakap, tidak berkomunikasi dengan watak-watak lain serta mengikut sahaja arahan-arahan mereka – melengkapkan tahap kebosanan jalan cerita game ini!

Online, Online & Online…

Point ini tidak perlulah kami ulas dengan panjang. Semuanya pasti sudah mengetahui bahawa game ini memerlukan internet connection sepanjang masa. Tiada offline mode, tiada 2-player split-screen. Sifirnya mudah, kalau korang tiada internet connection, korang tidak akan dapat main game ini langsung.

Namun, mungkin sedikit menggembirakan bagi sesetengah pihak, langganan Playstation Plus atau Xbox Live Gold bagi console tidak wajib jika ingin memainkan story missions. PS Plus atau XBL Gold hanya diperlukan apabila korang ingin bermain multiplayer bersama pemain-pemain lain.

need-for-speed-8

Apabila berkata tentang game yang berada dalam keadaan online sahaja, pastinya game ini tidak boleh pause. Story campaign yang tidak boleh pause? Sangat menjengkelkan! Sama ada berada dalam race ataupun berada di tengah-tengah open world, malah, cinematic cut-scene juga tidak boleh pause.

Cuba bayangkan ada hal yang perlu korang lakukan ketika cinematic cut-scene dan korang tidak boleh pause, pastinya cut-scene tersebut akan korang terlepas. Nasib baik jalan ceritanya sangat membosankan dan tidak mengapa jika terlepas.

Sistem Crew Yang Tiada Tujuan.

Pemain boleh bergabung bersama rakan-rakan lain dan membentuk Crew yang terdiri daripada 8 pemain, seterusnya bersama-sama memainkan mission yang sama. Nampak menarik, bukan?

Namun, ia tidaklah seindah itu. Sebagai contoh, pemain A, B dan C membentuk Crew dan bermain mission pemain A. Target mission itu adalah untuk mendapatkan tempat pertama dalam race tersebut. Sekirannya pemain B berjaya memenangi race tersebut dan pemain A hanya mendapat tempat kedua, pemain A tetap perlu mengulangi mission tersebut sehingga pemain A berjaya mendapat tempat pertama.

Jadi, apa sebenarnya tujuan sistem Crew ini?! Hanya membenarkan rakan-rakan bermain dalam mission yang sama? Itu sahaja?!

need-for-speed-6

Kami menjangkakan bahawa ia bakal menerapkan sikap kerjasama dan tolong-menolong antara pemain. Dalam situasi di atas, kami menjangkakan mission pemain A akan berjaya diatasi sekiranya salah seorang daripada member Crew berjaya mendapat tempat pertama. Kami menjangkakan konsep “hari ini aku tolong kau, esok lusa kau tolong aku pulak” dapat diterapkan dalam game ini. Ternyata, kami kecewa.

“Malam Mencari Mimpi, Siang Mencari Erti.”

Kalaulah Jamal Abdillah yang main game ini, pasti beliau tidak dapat mencari erti game ini sebab game ini tiada waktu siang. Kami faham, game ini mahu mengekalkan tema perlumbaan haram itu, yang pastinya perlumbaan haram itu akan berlangsung pada waktu tengah malam.

Namun, sekiranya peredaran waktu itu disilih ganti dengan malam dan siang, semestinya setting game ini akan kelihatan lebih menarik. Mungkin juga jalan cerita yang sangat membosankan itu dapat diolah dengan lebih baik sekiranya terdapat waktu siang.

Dan beberapa hari yang lepas, terdapat beberapa screenshots yang kami jumpa di subreddit Need For Speed yang mengambil gambar kereta-keretanya pada waktu matahari sedang naik (waktu subuh akan kembali kepada waktu malam semula selepas itu, pelik bukan?). Dan ianya sangatlah cantik! Bayangkan jika game ini terdapat waktu siang. Pastinya screenshots yang lebih indah dapat diambil.

FuucrTG

690eTIg

Selain itu, peredaran waktu juga kadang-kala kelihatan sedikit pelik. Di sesetengah tempat adalah pada waktu malam, dan di seberang sana pula kelihatan seperti matahari sedang naik. Berbeza zon waktu ke? Entahlah.

Grafik.. Bolehlah Tahan.

Bercakap soal grafik pula, game ini tidaklah menyajikan grafik yang terbaik pernah dihasilkan untuk game racing, namun, ia tetap mampu membuatkan kami rasa kagum. Game ini boleh dikatakan menonjolkan grafik yang sangat memukau.

Dari ketelitian yang terdapat di kereta hingga ke grafik di kawasan sekitar seperti stesen minyak dan kerja-kerja pembinaan di tepi-tepi jalan, semuanya mempamerkan grafik yang sangat baik. Malah, GUI yang terdapat di menu utama juga sangat cantik dan refreshing – lain dari yang lain, dengan menu yang kelihatan berbentuk 3D.

need-for-speed-10

Namun, GUI yang terdapat ketika sedang memandu seperti speedometer dan mini map pada pendapat kami adalah sedikit kurang menonjol. Speedometer dan mini map kelihatan terlalu simple. Mungkin boleh dicantikkan dengan patch akan datang.

need-for-speed-7

Fast Travel Yang Mudah.

Game ini membenarkan pemain untuk menggunakan fast travel ke mana-mana sahaja lokasi di dalam game ini, sama ada pemain sudah menerokai kawasan itu ataupun belum. Mungkin ramai yang lebih gemar dengan sistem seperti ini. Lebih mudah, lebih pantas.

Namun, bagi Penulis secara peribadi, Penulis lebih gemarkan sistem fast travel yang hanya membenarkan pemain menggunakannya hanya di kawasan yang sudah mereka terokai. Penulis lebih gemarkan unsur eksplorasi itu.

need-for-speed-5

Kami Pemandu Berkhemah!

Satu lagi perkara yang amat menjengkelkan adalah panggilan telefon dari watak-watak lain yang terlalu, terlalu kerap, malah semasa dalam mission juga telefon akan berdering. Perkara ini sangat menganggu fokus dan penglihatan kami ketika memandu. Kami merupakan pemandu yang berhemah dan menjawab telefon ketika sedang memandu adalah salah di sisi undang-undang. Berhati-hati di jalan raya ya! :p

Kesimpulan.

Mari kita kembali ke soalan pokok. Adakah siri ini telah kembali ke era keemasan mereka seperti mana yang telah mereka capai pada NFS Underground dahulu? Kami berpendapat game ini masih belum cukup untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan NFS Underground yang mencapai zaman kegemilangannya pada tahun 2004 dan 2005.

Namun, pergerakan ke arah kebangkitan itu sudah mula muncul. Dengan bermacam-macam feature yang sangat mantap dan refreshing yang dibawakan oleh game ini – dalam masa yang sama masih lagi mengekalkan originality siri NFS itu – semestinya ia mampu menjadi titik permulaan untuk game ini kembali mengaum dalam dunia game street racing.

Siri NFS sudah berada di landasan yang betul dan sekiranya mereka mengekalkan momentum ini untuk siri yang seterusnya, pastinya ia akan meletop!

need-for-speed-9

So, Boleh Beli or Boleh Blah!?

+ Gameplay handling yang sangat mantap.

+ Handling setup yang teliti, namun tidak begitu rumit.

+ Drift gameplay yang sangat mengasyikkan.

+ Visual customization yang sangat luas.

+ Grafik memuaskan.

Jalan cerita yang sangat membosankan.

Watak-watak yang tidak memberi impak.

Dialog yang tiada signifikan.

Perlu online sepanjang masa.

Tidak boleh pause.

Sistem Crew yang tiada tujuan.

Tiada waktu siang.

Panggilan telefon yang terlalu kerap.

KEPUTUSAN: BOLEH BELI!

Baca ini pula: Need For Speed: 5 Benda Kipas-Susah-Mati NFS Wajib Tahu!

Comments

comments