All hail the Priests of Rathma!

Menurut Blizzard, mereka masih lagi dalam fasa awal rekaan dan dijangka siap pada 2017 melalui DLC yang dikenali sebagai Rise of the Necromancer.

Berfokus kepada kuasa kematian, Necromancer akan menghidupkan musuh-musuh yang mati untuk berjuang untuk mereka. Mereka juga boleh menggunakan bangkai-bangkai yang ada sebagai bahan letupan. Mantap!

Necromancer merupakan salah satu class yang sangat digemari ramai dalam Diablo II dan ini menyebabkan Blizzard membuat keputusan untuk menghidupkan kembali class ini.

Selain class Necromancer, Blizzard turut menyatakan akan DLC Rise of the Necromancer akan didatangkan dengan in-game pet, 2 slot watak, portrait frame, pennant, banner, dan banner sigil.

Harga bagi Rise of the Necromancer masih belum lagi ditentukan.

diablo-iii-necromancer-concept-art
Seni konsep bagi Necromancer di Diablo III.

Comments

comments