Dengar khabarnya ia agak gempak.

Cepatlah keluar! Tak sabar nak main!

Walaupun masih lagi tidak kedengaran tarikh keluar untuk The Last of Us Part II, ini tidak menghalang peminat untuk berasa amat teruja sehingga keluar bermacam-macam teori berdasarkan trailer dikeluarkan pada Paris Games Week lepas.

Namun, pengarahnya Neil Druckmann pernah memberitahu bahawa Naughty Dog sedang menyiapkan separuh game yang dinanti-nantikan ini dalam anggaran 50 ke 60 peratus ketika berada di PSX 2017.

Jika Horizon Zero Dawn menerima reaksi kejam untuk sesi percubaan (playtest) pertama game mereka, lain pula reaksi diterima oleh Naughty Dog mengenai sesi percubaan pertama The Last of Us Part II.

Troy Baker mengulas sedikit tentang perasaan kembali sebagai watak Joel bagi The Last of Us Part II akan datang ketika dijemput oleh MCM Comic Con di Birmingham. Turut serta bersamanya dalam panel ialah pelakon suara untuk watak antagonis David, Nolan North.

Sebelum Baker menyentuh tentang falsafah Naughty Dog dalam membangunkan game ini, beliau sempat berkongsi bahawa Naughty Dog baru sahaja lakukan sesi percubaan untuk The Last of Us Part II dan ia kelihatan amat “gempak”.

Anda boleh lihat keseluruhan panel melalui video di bawah:

Setakat ini, game ini masih lagi sedang dalam fasa pembangunan dan mungkin akan dikeluarkan pada tahun 2019 tetapi jangan risau, Druckmann mengesahkan The Last of Us Part II akan muncul di E3 2018!

Kami tidak pasti lagi itu sama ada Naughty Dog akan tonjolkan lagi trailer penuh dengan kesedihan dan kebencian menusuk kalbu ataupun video gameplay pada E3 bulan Jun akan datang. Apa-apa pun, nantikan berita The Last of Us Part II bersama-sama kami!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.