Naughty Dog sudah mula mengusik kita bermula September lalu, tetapi kita tidak perasan.

Ramai yang menyangka, Naughty Dog telah menyimpan rahsia tentang The Last of Us Part II selama ini, sehinggalah ia didedahkan semasa PlayStation Experience pada minggu lalu.

Namun, sebilangan besar daripada kita sebenarnya tidak perasan bahawa Naughty Dog telah mula memberikan petunjuk tentang The Last of Us Part II sejak September lalu (terima kasih GamesRadar).

September lalu, Naughty Dog meraikan perayaan “Outbreak Day” – sebuah perayaan rekaan yang tercipta dalam The Last of Us. Mereka telah menawarkan diskaun DLC, barangan cenderamata, dan beberapa perkara yang berkaitan dengan game ini, termasuklah poster ini yang dimuatnaik di akaun media sosial mereka:

Apabila anda melihat semula poster ini, pasti anda teringatkan sesuatu, bukan? Ya, kita dapat lihat tattoo Ellie (dan juga tangan Ellie yang sudah dewasa) yang telah kita saksikan dalam trailer pengumuman The Last of Us Part II.

Pengarah kreatif Nauhgty Dog, Neil Druckmann turut memuatnaik gambar tattoo Ellie itu dengan lebih jelas di akaun Twitter peribadinya.

Sebelum ini, Druckmann juga mengumumkan bahawa Halley Gross, penulis skrip untuk siri TV yang menjadi bualan sedunia, Westworld, akan turut menjadi co-writer, membantu beliau sendiri dalam menulis The Last of Us Part II.

Comments

comments