Di manakah Joel?

Game pertama The Last of Us memberikan kita peluang untuk mengawal dua karakter sepanjang jalan ceritanya berjalan. Walaupun kebanyakan kisahnya memfokuskan kepada pengawalan Joel, terdapat juga beberapa babak dalam game ini yang memberikan kita untuk mengawal Ellie. Malah, satu-satunya DLC game ini, Left Behind juga menampilkan Ellie untuk kita kawal.

Selepas tiga trailer yang telah dikeluarkan untuk The Last of Us Part II, batang hidung Joel langsung kita tak nampak, selain hanya muncul dalam trailer pertama yang mana kita tidak pasti sama ada itu benar-benar Joel atau hanya bayangan dalam fikiran Ellie.

Jadi, para peminat selama ini sering tertanya-tanya, di mana Joel? Ke manakah perginya watak utama serta karakter gameplay utama The Last of Us? Adakah memaparkan beliau akan menjadi spoiler? Adakah beliau akan kembali sebagai karakter untuk dimainkan atau tidak?

Terbaru, Naughty Dog telah mengesahkan yang The Last of Us Part II hanya akan mempunyai seorang sahaja karakter yang boleh dimainkan, dan ia tidak lain dan tidak bukan, karakter kesayangan kita yang telah dipaparkan dalam trailer gameplay E3 2018, Ellie.

Ellie satu-satunya watak yang boleh dimainkan dalam game eksklusif yang sangat dinantikan daripada Sony ini, namun bukanlah bermakna Joel tidak akan muncul langsung dalam sekuel ini nanti. Ini kerana pelakon suara Joel, Troy Baker telahpun disahkan akan kembali dalam game ini.

Cumanya, bagaimana Joel akan muncul dalam game ini, itulah yang menjadi perbualan ramai. Apakah Joel hanya muncul dalam bentuk flashback? Atau dalam bayangan Ellie sahaja? Entahlah.

Sama-samalah kita tunggu apabila game ini nanti dikeluarkan, yang mana tarikh pelancarannya pun masih belum diumumkan.

JomBaca: Tarikh Pelancaran The Last of Us Part II Akan Diumumkan Apabila Ia “Benar-Benar Dah Hampir”, Kata Naughty Dog

Sumber: LAD Bible

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.