Super Nintendo World, itulah nama diberi.

Nintendo secara rasminya telah mendedahkan nama taman tema yang akan ditampilkan di dalam Universal Studios Japan nanti, iaitu Super Nintendo World. Taman tema ini bakal menampilkan “tarikan berdasarkan judul-judul yang pernah dibawakan oleh Nintendo”.

Di samping itu, Nintendo turut memperlihatkan “pandang pertama” kepada Super Nintendo World ini, dengan memuat naik concept artwork di akaun Twitter rasmi mereka.

Super Nintendo World kini sedang dibangunkan di Universal Studio Japan dan dijangka siap pada tahun 2020. Sebelum ini, tarikan taman teman ini juga diumumkan bakal dibawakan ke Universal Studios Orlando dan Hollywood.

Comments

comments