Bungie menjanjikan pelbagai aktiviti kepada pemain dalam keluaran Destiny kali ini.

Majalah Edge telah berpeluang mencuba sebahagian besar bahagian PvE bagi Desitny 2 dan perkara ini telah dikongsi oleh pengguna-pengguna Reddit.

Dalam isu Edge 310, terdapat temubual bersama Mark Noseworthy selaku ketua projek bagi Destiny 2 dimana beliau telah menyatakan bahawa secara umumnya testers telah mengambil masa sebanyak 55 jam untuk menyelesaikan bahagian PvE. Jumlah masa yang diperlukan ini pasti suatu yang mengagumkan jika dibandingkan dengan keluaran Destiny yang sebelum ini.

Selain itu, berikut adalah antara intipati yang boleh didapati dari keluaran tersebut

  • Energy weapon akan menyebabkan letupan pada musuh apabila shield yang digunakan oleh mereka habis sepenuhnya.
  • Pemain perlu menamatkan Nightfall strikes dalam had masa yang terhad. Oleh itu, pemain harus merancang strategi sebelum memulakan setiap sesi.
  • Terdapat lebih 80 mission dan aktiviti yang mempunyai penceritaan yang menarik dan bakal memberikan cabaran kepada pemain.

Destiny 2 akan diterbitkan pada 6 September 6 untuk PS4 & Xbox One manakala 24 Oktober untuk PC.

Comments

comments