Kalau korang rasa DualShock 4, controller PS4 yang biasa tu tak cukup pantas untuk korang – apa kata korang try Nacon Revolution Pro Controller 2!

Review unit daripada NaGaming ini benar-benar merubah tanggapan kitorang terhadap siri controller ini. Walaupun Nacon Revolution Pro Controller 1 menghadapi issue sensitivity pada analog stick, Nacon Revolution Pro Controller 2 (Nacon 2) seperti sudah berjaya menyelesaikan isu ini.

Seperti yang diiklankan, ianya dibina khusus untuk atlit esports PS4 yang inginkan lebih kawalan di dalam controller mereka. Kawalan yang macam mana?

Apa Istimewanya Nacon 2 Ni?

Seperti controller SCUF, BattleBeaver, dan juga custom controller yang lain, Nacon 2 memberikan korang pilihan face buttons (Segitiga, Petak, Bulat, Pangkah) di bahagian belakang controller!

Dengan konfigurasi butang tambahan ini, korang tak perlu mengangkat ibu jari dari analog stick, dan mengawal butang-butang tambahan ini menggunakan jari-jari lain yang menggenggam controller! Ini semestinya lebih efisyen dan pantas bagi atlit esports PS4 yang inginkan kualiti kawalan sepenuhnya dalam permainan mereka.

Semasa menguji Nacon 2 ini, kitorang memainkan game-game seperti Overwatch, Call of Duty: WW2, Battlefield 4, Battlefield 1, Monster Hunter: World, Pro Evolution Soccer 2018, FIFA 18 – bagi menikmati kepantasan dan fleksibiliti yang dijanjikan.

Kena Biasakan Diri Dulu, Baru Boleh Pakai Penuh Keyakinan

Nacon 2 memberi korang kemudahan dan fleksibiliti menggunakan face buttons (Segitiga, Petak, Bulat, Pangkah) tanpa mengangkat ibu jari dari analog stick. Hanya petik butang-butang di belakang controller yang telah korang mapkan melalui aplikasi Nacon.

Jadi di sini timbul masalah melawan muscle memory bagi gamer yang telah terbiasa menggunakan face buttons lama. Korang perlu melatih otak dan jemari korang untuk menggunakan ibu jari HANYA untuk menggerakkan analog stick.

Tips: Bagi menggalakkan penggunaan butang-butang di belakang Nacon 2, korang boleh padamkan mapping face buttons melalui aplikasi Nacon ataupun settings di dalam PS4 korang. Paksa diri untuk belajar lah!

Dan jangan lupa melatih otak dan jemari korang untuk menekan butang di belakang controller – bukannya face buttons. Latihan ini diperlukan supaya penggunaan butang-butang belakang itu nanti menjadi semulajadi dan instinctive seperti menggunakan face buttons.

Jangan nanti, dah beli mahal-mahal, salahkan controller pulak. Tak profesional lah gitu. Ehem.

Design dan Kualiti Binaan

Nacon 2 seperti Nacon yang lepas masih mengekalkan kualiti binaan mereka. Dengan controller disalut matte lembut seakan getah, menjadikan Nacon 2 ini selesa digenggam buat jangkamasa lama. Saiz face buttons juga besar dan sedap ditunjal. Tetapi ianya lebih bagi penggunaan kasual semasa pemilihan menu dan sebagainya.

Tips: Konfigurasi analog stick Xbox dibangunkan oleh team Bungie bagi game shooter mereka Halo. Konfigurasi ini menerima pujian ramai, dan semestinya diambilkira oleh Nacon semasa membangunkan controller ini.

Kalau korang perasan, Nacon 2 menggunakan konfigurasi analog stick seperti controller Xbox. Ini mungkin membuatkan pengguna PS4 sedikit awkward – namun, mengikut ujian kami, konfigurasi ini memang sedap untuk memainkan game shooter. Seperti dimaklumkan di atas, sememangnya korang perlu berlatih untuk menyesuaikan diri dengan konfigurasi ini.

Selain itu touchpad yang hadir bersama Nacon 2 ini juga diberi sentuhan halus yang istimewa. Jika dilihat dan disentuh dengan jari, korang boleh mendapati cetakan simbol-simbol face buttons (Segitiga, Petak, Bulat, Pangkah) yang timbul halus dan memantulkan cahaya yang menjamah touchpad ini.

Bagi mereka yang mementingkan binaan butang belakang, Nacon 2 menggunakan design butang rocker – dan bukannya paddle seperti SCUF (yang terkenal mudah patah dan mahal untuk diganti) ataupun butang kecil seperti yang digunakan BattleBeaver. Penggunaan butang rocker di Nacon 2 ini memberikan ia sedikit sentuhan binaan yang kemas. Hanya masa boleh menentukan kualiti butang yang dipakai kerana kami hanya menguji Nacon 2 ini selama 2 minggu.

Nacon 2 wajib dipakai menggunakan kabel. Dan kabel braided USB C yang diberikan sepanjang 3 meter ini pastinya cukup panjang untuk jarak penggunaan PS4 yang selesa. Bagi mereka yang mengeluh kerana penggunaan kabel ini, ketahuilah bahawa Nacon 2 adalah bagi penggunaan profesional dan kompetitif. Input melalui kabel pastinya lebih jitu bagi penggunaan di dalam pertandingan yang memerlukan prestasi tanpa gangguan dan alasan seperti lag dan input error.

Turut serta adalah kebolehan melaras berat Nacon 2 itu sendiri! Di bahagian grip Nacon 2 terdapat ruang untuk memuatkan pemberat-pemberat. Terpulang kepada korang yang selesa bermain dengan controller yang ringan ataupun berat padat.

Korang juga boleh download aplikasi dari laman web Nacon untuk melaras dan finetune setiap aspek Nacon 2 ini seperti sensitivity, dead zone, response zone analog stick malahan trigger angle yang selesa dengan cara permainan korang. Selain itu, setiap butang yang ada di Nacon 2 ini boleh korang map semula menggunakan aplikasi yang sama.

So, macam mana? Nacon Revolution Pro Controller 2 – Boleh Beli or Boleh Blah!?

Boleh Beli!
+  Fleksibiliti butang tambahan di belakang controller – efisyen dan pantas!
+ Tekstur matte bergetah lembut
+ Braided cable untuk ketahanan dan sambungan bagi input tanpa masalah
+ Laraskan berat Nacon 2 mengikut citarasa korang
+ Map kan butang-butang menggunakan aplikasi Nacon

Boleh Blah!
Perlukan masa untuk membiasakan diri dengan konfigurasi butang belakang dan analog stick
Penggunaan braided cable – bukan untuk mereka yang ingin bergaming santai sambil bermain secara wayarles

Sekiranya korang berminat untuk mendapatkan Nacon Revolution Pro Controller 2 ini, bolehlah menghubungi NaGaming terus untuk membuat pesanan. Untuk makluman, NaGaming menjual Nacon Revolution Pro Controller 2 ini pada harga RM559.

Comments

comments