Krismas sudah dapat dirasakan. Capcom belanja lagi tarikh baru untuk main Monster Hunter: World beta lagi!

Pada minggu lepas, Capcom lancarkan Monster Hunter: World beta di PS4 khas untuk pelanggan PlayStation Plus dan berlangsung hanya empat hari sahaja dari 9 Disember sehingga 12 Disember.

Sekejap sangat kan? Jangan risau, Capcom sudah merancang tarikh baru untuk beta kedua Monster Hunter: World kepada pengguna PS4 iaitu dari 23 Disember sehingga 27 Disember yang diumumkan melalui Twitter Monster World.

Lebih menyeronokkan lagi, Monster Hunter: World beta kali ini tidak memerlukan PS Plus bermakna semua pemain PS4 boleh menikmati game ini!

Korang boleh mula memuat turun beta di PS Store bermula pada 18 Disember. Bagi pemain yang sudah ada memuat turun beta pada event lepas, Capcom mengumumkan korang boleh terus bermain guna beta yang sama pada tarikh-tarikh baru akan datang ini.

Monster Hunter: World beta kedua akan berlangsung bermula pada 23 Disember, pukul 1 pagi dan berakhir pada 27 Disember, pukul 1 pagi (waktu Malaysia).

Monster Hunter: World bakal dilancarkan pada 26 Januari 2018 untuk PS4 dan Xbox One. Monster Hunter: World juga akan datang di PC tapi masih lagi tiada tarikh rasmi diumumkan.

JomBaca: Story Campaign Monster Hunter: World Akan Mengambil Masa Sebanyak 40-50 Jam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.