monopoly_02

Hola!! Guys, korang rasa Fallout Shelter adalah versi nerd Fallout tak?Tapi bagi Redditor KongoBoom, itu masih tidak cukup nerd kerana dia telah merekakan set Monopoly bertemakan Fallout: New Vegas!

Monopoly ialah satu-satu nya game board yang boleh di sesuaikan segala jenis fiksyen. Antaranya terdapat Star Wars Edition, James Bond Edition, Walking Dead Edition dan banyak lagi. Bagaimanapun masih tiada lagi versi yang official untuk Fallout.

monopoly_01

Untuk projek Monopoly x Fallout: New Vegas ini, KongoBoom telah menukarkan semua properties yang asal kepada versi Fallout New Vegas. Untuk properties yang murah, korang boleh dapatkan Camp Searchlight dan juga Vault 22.

Untuk properties sederhana korang boleh dapatkan Sloan, Novac dan Freeside. Bagi yang mahal pula termasuk The Fort, Hoover Dam dan juga The Strip. Selain itu rumah dan juga hotel digantikan dengan pondok dan juga casino di dalam versi ini.

monopoly_03

KongoBoom juga telah merekasemula property dan juga semua chance card yang akan dimainkan nanti. Tiada lagi chance card Beauty Pageant di dalam versi Fallout, loot dari mayat $150, dan kalau masuk penjara dan ingin keluar?? Korang kene lah dapatkan card Powder Ganger Riot!

Walaubagaimanapun, game ini masih belum ada officially dan masih dalam proses pembikinan oleh KongoBoom. Moga-moga set Monopoly ini menjadi kenyataan! Kamon Monopoly!

ADIOSS!!

 

 

Comments

comments