Hasrat EA untuk membawa siri Battlefield ke kancah esports – adakah ia akan berhasil?

Pada Gamescom 2017 lalu, EA telah memperkenalkan buat kali pertama kepada kita, mode 5v5 baru dalam Battlefield 1, yang digelar Incursions. Ia merupakan game mode terbaru yang dibawakan oleh EA dalam membawa Battlefield 1 ke arah arena kompetitif dan esports.

Semasa pengumuman itu, EA hanya memperlihatkan kepada kita sebuah trailer yang hanya memaparkan sedikit gameplay daripada mode Incursions, dan tidak mendedahkan bagaimana mode ini akan dimainkan. Terbaru, kita telah dapat menyaksikan gameplay penuh Incursions ini.

Para media dan Youtuber telah memuatnaik video-video yang mana mereka telah rekod sebelum ini, memaparkan gameplay penuh mode Incursions. Korang boleh saksikannya daripada beberapa channel di bawah.

Bagaimana mode ini dimainkan? Ia membawakan pertembungan 5v5 yang mana setiap pemain mempunyai kelas-kelas tertentu. Kelas-kelas ini tidak lagi mengikut kelas-kelas yang terdapat dalam mode-mode Battlefield 1 lain, yang mana dalam Incursions, kelas-kelas tersebut telah dirombak dengan senjata-senjata dana gajet-gajet dipisah-cantumkan mengikut kesesuaian mode kompetitif ini.

Setiap pasukan perlu mengumpulkan 15 tiket untuk mendapatkan satu set. Untuk mendapatkan markah tiket ini, pelbagai cara boleh dilakukan yang mana ia merangkumi beberapa gameplay yang sangat dekat dengan jiwa Battlefield. Pemain boleh dapatkan tiket dengan membunuh musuh, memusnahkan kenderaan, mengawal majoriti objektif (flag). Me-revive rakan sepasukan pula akan menyelamatkan musuh daripada mendapatkan tiket mereka.

Setiap aktiviti yang dilakukan untuk mendapatkan tiket ini mempunyai nilai tiketnya yang tersendiri. Misalnya, membunuh seorang musuh dapat satu tiket, memusnahkan kenderaan musuh dapat 1 tiket, mengawal majoriti objektif dalam setiap 14 saat akan dapat 1 tiket, dapat melakukan squad wipe dapat 3 tiket dan banyak lagi.

Mendapatkan dan mengawal objektif (flag) juga berlainan daripada mode Conquest. Terdapat tiga flag yang boleh dikawal, iaitu flag berhampiran base kita (A), flag tengah (B) dan flag berhampiran base musuh (C). Pemain tidak boleh sesuka hati mendapatkan flag kerana ia perlu disambungkan antara satu sama lain. Bermakna, kita perlu mendapatkan flag A terlebih dahulu sebelum mara ke hadapan dan mendapat flag B, serta untuk mendapatkan flag C, flag A dan B perlu berada dalam kawalan kita terlebih dahulu.

Pasukan yang berjaya mendapatkan 15 tiket terlebih dahulu akan berjaya memperoleh satu set. Pasukan yang berjaya memperoleh 11 set akan memenangi keseluruhan perlawanan.

Korang boleh saksikan gameplay Incursions di bawah:

Sesi closed alpha untuk Incursions akan bermula pada bulan ini untuk platform PC. Tarikh pelancaran penuh mode ini masih belum diumumkan.

Comments

comments

  • korg agak, bila BF1 ni boleh dapat free :^)/ ?