Setelah menyebutkan tentang mode kompetitif yang akan dikeluarkan untuk Battlefield 1 pada acara EA Play 2017 lalu, akhirnya mereka telah memberikan maklumat lebih lanjut tentang pengalaman baru dalam game ini nanti.

Dalam trailer yang telah dikeluarkan, DICE telah memperlihatkan sedikit gameplay dan babak cinematic dalam mode terbaru ini, yang digelar Incursions. Mode kompetitif ini akan fokus kepada perlawanan 5v5 – bagaimana cara-cara mode ini dimainkan masih belum dijelaskan.

Walaupun mode ini akan membawakan map yang lebih kecil, pertempuran jarak dekat yang lebih tegang, namun nampaknya mereka tetap tidak mahu lari daripada pengalaman tradisional Battlefield, iaitu dengan kehadiran kenderaan yang boleh dibawa dan mengganas dalam mode ini.

Mereka juga telah mengumumkan sesi closed alpha yang korang boleh daftar sekarang di sini. Berita kurang baik untuk pemain konsol, closed alpha ini hanya dibuka untuk para pemain di PC.

Bagi pemain PC, jangan lengahkan masa untuk mendaftar kerana pendaftaran akan ditutup pada 26 Ogos ini.

Tarikh bilakah closed alpha atau pelancaran penuh mode ini kepada semua pemain masih lagi belum diumumkan.

Korang boleh saksikan trailer untuk mode Incursions ini yang penuh dengan aksi debaran dan letupan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.