Nak lebih daripada apa yang ada? Jom cuba modding ini!

Dragon Ball FighterZ menampilkan 24 karakter semasa pelancaran. Kalau korang rasa jumlah ini masih belum cukup, dan mata korang sudah mula bosan menyaksikan karakter-karakter ini, korang boleh cuba modding yang menukarkan kostum yang dipakai oleh beberapa karakter.

Sekumpulan modders telah mencipta kostum-kostum seperti Vegeta dalam armor Saiyan Saga, Goku dalam Super Saiyan 3, Full Power Frieza, dan tahap asal Goku, Vegeta, Gotenks, dan Gohan. Malah ada juga skin untuk Vegeta semasa bayi dan banyak lagi.

Korang boleh dapatkan kostum-kostum ini di sini. Harus diingat, modding ini hanya untuk para pemain di PC.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.