Bagai sirih pulang ke gagang.

Pasukan modder yang bertanggungjawab membawakan para pemain GTA V dengan toolkit OpenIV kini telah mendedahkan projek terbaru mereka. Mereka bakal membawakan Liberty City ke dalam GTA V.

Tidak menggunakan teknik modding seperti kelaziman, mod Liberty City ini tidak akan menggantikan mana-mana persekitaran dalam map GTA V. Sebaliknya ia akan menambahkan Liberty City di tengah-tengah lautan. Seolah-olah sebuah “pulau Liberty City” akan diletakkan di situ dan pemain boleh terbang ke “pulau” tersebut pada bila-bila masa.

Mod ini jugak tidak membangunkan Liberty City daripada kosong. Ia bakal mengimport map daripada GTA IV, seterusnya mengubahsuainya menjadi Liberty City. Bermakna, para pemain perlu memiliki kedua-dua GTA IV dan GTA V untuk menggunakan mod ini, selain perlu juga mempunyai converter tool dan OpenIV itu sendiri.

Pastinya kita sudah tidak sabar untuk melihat bagaimanakan rupa Liberty City dalam enjin game masa kini. Namun, mereka belum mendedahkan lebih banyak maklumat lanjut. Sebarang info baru akan mereka war-warkan di laman web OpenIV.

Sementara itu, layan dulu teaser trailer yang telah mereka lancarkan:

Jadi, apakah lokasi yang anda tidak sabar untuk lawati apabila mod ini telah dibangunkan kelak? Apakah memori paling anda ingati di map Liberty City? Kongsikan dengan kami.

Comments

comments