Dengan jumlah wang terkumpul sebanyak USD100,000!

eGG Network dan Moonton telah bekerjasama untuk membawa Mobile Legends Professional League (MPL) bagi mereka yang bermastautin di Malaysia dan juga Singapura. Pujian seharusnya diberikan memandangkan liga professional yang berfokus kepada mobile gamer sememangnya jarang diadakan setakat ini.

Pusingan akhir bagi MPL dijadualkan berlangsung pada bulan Mac 2018 selama 3 hari dan penonton bakal menyaksikan pertarungan antara lapan kumpulan terhebat dalam arena Mobile Legends. Juara bagi Mobile Legends Professional League bakal menerima sebanyak USD20,000 (~RM84,000).

Bagi mereka yang berminat, pendaftaran boleh dilakukan di laman web Mobile Legends Professional League mulai 14 November kelak.

Comments

comments