Pertandingan untuk musim PES 2017 telah membuka tirai – dan kita telah mendapat juara yang pertama!

01826dfe-e34f-4626-8cd8-af164fcaf104

Chillax PES 2017 Tournament yang dianjurkan PES League Malaysia di Bangi, Selangor telah berlangsung pada hujung minggu lalu. Selepas dua hari mencari pemain terbaik untuk PES 2017 antara 128 pemain, 4 pemain telah mengesahkan tempat di semi final, iaitu SilentSquad_Syakir, MisaiFix_Iqslayerz, Kimi dan Degasa_Erwan.

Semi Final 1

(Perlawanan bermula pada 2:40 dalam video di atas)

1

Pastinya, laluan SilentSquad_Syakir bukanlah mudah. Beliau telah menewaskan beberapa pemain handalan seperti SilentSquad_ShahirMuzafar dan LR_Arkaah. Lawannya pula, Degasa_Erwan juga bukanlah calang-calang pemain. Dalam perlawanan yang cukup menarik, SilentSquad_Syakir telah berjaya menewaskan Degasa_Erwan dan menempah slot ke final.

SilentSquad_Syakir 4 – 2 Degasa_Erwan

Semi Final 2

(Perlawanan bermula pada 26:50 dalam video di atas)

2

Pemain yang menjadi highlight utama dalam pertandingan kali ini pastinya adalah Kimi, pemain underdog dan satu-satunya semi-finalis yang tidak terikat dengan mana-mana clan. Bertemu pula dengan MisaiFix_Iqslayerz, pemain yang agak regular dalam meloloskan diri ke peringkat sejauh ini – perlawanan ini semestinya menjanjikan aura yang istimewa. Sebagai pemain yang lebih berpengalaman, MisaiFix_Iqslayerz telah menunjukkan jalan keluar kepada Kimi.

MisaiFix_Iqslayerz 2 – 1 Kimi

Tempat Ketiga/Keempat

(Perlawanan bermula pada 44:00 dalam video di atas)

3

Di perlawanan ini, kedua-dua Degasa_Erwan dan Kimi pastinya mahu menebus kekalahan di perlawanan sebelum ini. Sekali lagi, Kimi terpaksa akur dengan kekuatan pemain yang lebih berpengalaman dalam arena PES di Malaysia, selepas tewas tipis kepada Degasa_Erwan. Kredit yang tinggi harus diberikan kepada Kimi kerana telah pergi sejauh ini sebagai seorang pemain underdog.

Kimi 2 – 3 Degasa_Erwan

Final 

(Perlawanan bermula pada 60:00 dalam video di atas)

pes-chillax-tournament

Ini adalah perlawanan yang dinanti-nantikan selepas dua hari bertarung mencari dua pemain terbaik dalam kalangan 128 pemain. SilentSquad_Syakir yang menggunakan Manchester United dan MisaiFix_Iqslayerz yang menggunakan Real Madrid, telah mempamerkan sebuah perlawanan final yang cukup menghiburkan. MisaiFix_Iqslayerz, seorang pemain yang konsisten dalam beberapa pertandingan offline terakhir telah mengesahkan kejuaraan PES 2017 buat kali pertamanya di Malaysia.

SilentSquad_Syakir 1 – 3 MisaiFix_Iqslayerz

Berikut adalah senarai penuh para pemenang berserta hadiah yang diperoleh:

  • Juara: MisaiFix_Iqslayerz – RM1,000
  • Naib Juara: SilentSquad_Syakir – RM500
  • Tempat Ketiga: Degasa_Erwan – RM250
  • Tempat Keempat: Kimi – RM100

14680919_1138849986196172_5163370035848081347_o

Berikut adalah ranking setelah pertandingan PES 2017 yang pertama telah berlangsung. Anda boleh saksikan ranking penuh ini di pesleague.my. Apa signifikannya ranking ini? Ketahui lebih lanjut mengenai ranking ini yang bakal memutuskan siapakah yang bakal mewakili negara ke Bandung, Indonesia kelak.

capture

Berikut adalah beberapa gambar yang diambil sepanjang pertandingan berlangsung:

Tahniah kami ucapkan kepada para pemenang! Kepada yang kecundang di peringkat awal, jangan berputus asa, cuba lagi dalam pertandingan akan datang!

Terima kasih juga kami ucapkan kepada team PES League Malaysia yang terdiri daripada barisan admin dan marshalls yang telah melancarkan lagi acara ini dan kerana sudi menjemput JomGaming. Kalau ada acara lain lagi, jangan lupa ajak kami lagi!