minecraft-003

Hola! Gamers, mana dia semua peminat-peminat game Minecraft? Kitorang ada berita menarik untuk korang, ok!

Berita baik untuk semua peminat dan pemain game Minecraft, MBO Cinemas baru aje mengumumkan akan memberikan peluang untuk 10 pasukan bermain Minecraft di skrin besar panggung wayang diorang! WOW!

minecraft-001

Gila! Gaming di monitor sebesar 40 inci pun dah puas, bayangkan korang bermain pada skrin gergasi. Bertempat di MBO Cinemas Citta Mall, Ara Damansara acara ini akan berlangsung pada 22 November 2015.

Setiap pasukan memerlukan 4 orang dan korang hanya perlu membawa komputer riba laptop korang yang sudah siap diinstall Minecraft di dalamnya. Sekiranya korang berminat boleh la daftar di sini –¬†MBO Cinema Minecraft Event.

Kan best kalau boleh main first person shooter dalam panggung. Barula macam tengok movie dengan aksi letupan dan tembak-menembak! Kalah Michael Bay!

ADIOS!

Comments

comments