Yep, anda dengar semua itu. Ianya bukan khabar angin, dan ianya bukan sembang laut. Berita yang teramat gembira oleh gamer-gamer sekalian. Middle Earth: Shadow of War akan membuang fungsi microtransaksi tidak lama lagi.

Melalui pengumumkan yang dibuat di forum rasmi, Middle-earth: Shadow of War akan membuang sistem tersebut melalui kemaskini akan datang. Monolith Productions, pembangun game ini mengatakan yang mereka akan mengeluarkan kemaskini secara percuma dalam masa terdekat ini untuk menambahbaik kualiti game dan juga memperbaiki segala kesilapan berdasarkan respon dari pemain.

Antaranya, ada bahagian di mana pemain menjaga satu istana dengan serangan puak Sauron akan membuat ianya lagi senang dihadam dan elemen naratif baru dimasukkan. Selain itu, sistem Nemesis, skin baru, skill tree, sistem Gear, upgrade dan quest progression akan diubahsuai juga.

Membenarkan pemain ‘membeli’ Gold dan Orc followers melalui Warchest merosakkan integriti pemain dan cabaran kerana ianya boleh membuatkan game ini menjadi ‘pay-to-win’. Tambahan pula perkara ini memberi kesan kepada Nemesis System yang membolehkan pemain membina hubungan antara kawan dengan musuh yang akan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada aktiviti yang pemain buat dalam game.

Dengan itu, sistem pembelian Gold dengan duit poket anda akan dibuang pada 8 Mei dan Gold, War Chest dan Market akan ditutup dan dibuang pada 18 Julai ini. Dan setiap Gold yang tidak digunapakai akan digantikan dengan in-game item.

Dengan respon yang begitu drastik dari Warner Bros tentang isu ini, adakan anda gembira tentang isu ini ? Middle Earth: Shadow of War sudah pun keluar di platform Playstation 4 (dengan sokongan PS4 Pro), Xbox One (dengan sokongan Xbox One X) dan PC.

Comments

comments