Sejak Skull & Bones didedahkan semasa E3 2017 baru-baru ini, Ubisoft Singapore kini seang giat untuk membangunkan game yang membolehkan anda menjadi lanun berjaya yang memiliki kapal tersendiri untuk merampas harta karun di serata Lautan Hindi.

Sebelum ini, Ubisoft Singapore juga terkenal dengan pembangunan Assassin’s Creed 4: Black Flag yang juga menonjolkan seorang Assassin iaitu seorang lanun turut serta merentas lautan mencari harta karun.

Namun, Ubisoft Singapore akan memberikan multiplayer pelayaran kapal lanun lebih dahsyat berbanding Black Flag.

Pengarah kreatif Ubisoft Singapore Justin Farren berkata dalam temuramah bersama Gamespot, “kalau Black Flag, game itu memfokuskan tentang seorang Assassin terpalit dalam dunia lanun tetapi bagi Skull & Bones, kami akan bawakan kapal-kapal lanun besar dengan perincian teliti kapal yang menakjubkan di mana kami gelarkan sebagai ‘ship porn'”.

Jika anda pernah main For Honor dan Rainbow Six Siege, pasti anda akan faham bagaimana bentuk microtransactions yang akan dibawakan ke dalam Skull & Bones nanti, kata Farren.

Menurut Justin Farren, Skull & Bones adalah bukan sebuah game pay-to-win.

“Apa yang telah dirancang adalah untuk mengadakan live events, seasonal events, events yang membolehkan anda bersaing dengan pemain-pemain lain untuk merebut tempat pertama dalam carta.

Kalau prestasi multiplayer lanun anda baik, pemain berpeluang untuk mendapat ciri-ciri customization seperti mengubah suai penampilan kapal dan juga karakter anda sendiri dalam game,” kata Farren.

Selain itu, Skull & Bones akan juga ada loot boxes seperti dalam Rainbow Six Siege dan Overwatch tetapi bukan dalam sebarang bentuk kotak biasa.

“Skull & Bones mencerminkan ekonomi sebenar di Lautan Hindi jadi banyak pedagang dalam empayar berlainan membawa barang-barang baru kepada anda tetapi tiada yang setanding dengan khazanah tersimpan dalam peti harta karun,” Farren memberitahu.

Skull & Bones dijangka akan keluar pada 2018 untuk PC, Xbox One dan PS4.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.