Suatu berita yang pasti mengecewakan peminat game ini.

Microsoft telah mengesahkan kepada Eurogamer bahawa pembangunan game eksklusif untuk Xbox One, Scalebound telah dibatalkan. Pembangunan ini telah dihentikan selepas ia telah dibangunkan selama 4 tahun.

Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Microsoft:

“Selepas perbincangan mendalam, Microsoft Studios telah membuat keputusan untuk menamatkan produksi bagi Scalebound. Kami sedang berusaha keras untuk menyampaikan barisan game yang mengagumkan untuk para peminat kami pada tahun ini, termasuklah Halo Wars 2, Crackdown 3, State of Decay 2, Sea of Thieves dan banyak lagi pengalaman yang hebat. Untuk lebih maklumat tentang perancangan 2017 kami, sila layari: http://bit.ly/2i1E5bV.”

Sebelum disahkan oleh Microsoft sendiri, terdapat banyak khabar angin yang mengatakan bahawa syarikat tersebut dan Platinum Games telah membuat haluan masing-masing, seterusnya mengakhiri projek ini sebelum berakhirnya tahun 2016 lagi.

Kotaku sebelum ini ada melaporkan bahawa game ini berada dalam masalah, dan bermungkinan akan dibatalkan.

Saksikanlah gameplay-gameplay Scalebound di bawah, bagi mengubati berita sedih ini.

Comments

comments