Bersedia untuk berlumba di ruang tamu, meja makan atau pun laman rumah! Mana-mana pon boleh! Vroom vroom!

Codemasters, studio yang cukup sinonim dalam genre perlumbaan kini telah mengumumkan kembalinya mereka dalam siri Micro Machines. Pastinya suatu berita yang sangat menggembirakan bagi peminat-peminat siri ini kerana kali terakhir siri ini diterbitkan ialah pada tahun 2006, 11 tahun dahulu!

Seperti siri-siri sebelumnya, Micro Machines World Series menjanjikan perlumbaan yang menghiburkan dengan visual yang memberansangkan dalam dunia HD. Dengan kebolehan split-screen sehingga 4 orang pemain dan 12 orang untuk online multiplayer, siri terbaru Micro Machines ini pasti akan memberikan pengalaman berlumba yang mengujakan.

Dalam era kebanyakkan game perlumbaan ingin dilabelkan sebagai simulasi perlumbaan, diharap Micro Machines World Series dapat memberikan nafas segar.

Sumber dari Codemasters.

Comments

comments