Dalam The Phantom Pain, korang semua mesti selalu kehabisan resource macam Fuel, Precious dan Minor metal kan? Mesti tak pernah cukup! Ni semua sebab pelbagai benda nak di-upgrade! Kali ni kami compile mission-mission yang boleh korang farm pelbagai resource nih.

Mission 12 – Hellbound Farming (Fuel, Precious, and Minor)

mgsfg01Korang akan dapat dalam mission ni:

  • 500 x Precious Metal.
  • 7500 x Fuel.
  • 4000 x Minor Metal.

Namun begitu, harus diingatkan bahawa untuk farming dalam misi ni korang memerlukan Wormhole upgrade untuk Fulton extraction korang.

mgsfg02Mula-mula korang kene settle-kan 2 orang guard kat depan pintu gua ni.

mgsfg03Dah settle 2 orang guard, korang naik platform di pintu gua tu dan…

mgsfg04Korang akan jumpe kargo-kargo untuk resource Mother Base 😀

mgsfg05Tunggu apa lagi, kita kasik Fulton lah!

mgsfg06Pastikan songlap semua kargo-kargo ni.

mgsfg07Bila dah settle semua kargo, korang pergi ke hujung map dan skip cutscene. Pastikan notification yang resource telah dapat di Mother Base.

mgsfg08Dah settle step atas, restart mission. Semua resource akan respawn. Korang ulang la sampai lebam atau sampai puas hati.

Mission 18 – Blood Runs Deep Farming (Common Metal)

mgsfg09Korang akan dapat dalam mission ni:

  • 7500 x Common Metal container.
  • 750 x Common Metal container.

mgsfg10Sebaik sahaja mission bermula, terus pergi ke outpost 4 atau marker yang berlabel A tu.

mgsfg11Disini korang akan jumpe kargo-kargo yang bakal di-farm.

mgsfg12Yang merah adalah 7500 Common metal.

mgsfg13Kargo putih biasanya mempunya jumlah resource yang kurang. Seperti dalam gambar diatas, hanya 750 Common metal.

mgsfg14Selepas selesai songlap kargo-kargo tu, korang lari jauh dari outpot tu. Biasanya dalam 100 meter, auto-save akan initiate.

mgsfg15

Pastikan resource telah tiba di Mother Base.

mgsfg16Restart mission dan ulang step diatas hingga Common metal korang cukup 🙂

Mission 30 – Skull Face farming (Biological, Minor Metal)

mgsfg17Kali ni korang boleh farm dalam mission 30. Dalam mission ni korang boleh dapat:

  • 50 x Precious metal.
  • 4000 x Common metal.
  • 7500 x Biological material.

mgsfg18Dalam mission ni, korang boleh elakkan semua combat. Kalau korang ada D-walker, bawak masuk dalam mission ni untuk memudahkan kerja. Lebih-lebih lagi kalau korang ada upgrade Fulton Ballista.

mgsfg19

Nampak tempat aim tu, kat situ la korang nak pegi dan fulton segala kargo-kargo.

mgsfg20

Precious metal yang mantop!

mgsfg21

Jangan dilupa kontena Common metal dengan Biological Meterial ni.

mgsfg22

Dari outpost tu, korang belok kanan dan ikut je main road hingga…

mgsfg23

Korang jumpa simpang 3, belok kanan kt situ.

mgsfg24

Terus sampai korang dapat notification segala resource dah sampai Mother Base.

mgsfg25

Dan seperti biasa, korang restart mission hingga segala GMP dan resource memuaskan hati.

Selesai sudah guide farming resource untuk MGS: The Phantom Pain kali ini. Kalau korang ada cadangan tempat farming lagi, komen dan share supaya semua orang boleh tahu! 😀

Comments

comments