Kitorang di JomGaming sangat enjoy main game MGS5: The Phantom Pain. Pelbagai tips dan tricks yang kitorang jumpa untuk dishare dengan korang! Kalau la korang ada tips yang kitorang tatau, korang digalakkan share bersama kita semua. Jom tengok!

  • Gunakan ‘Return to ACC’ selepas selesaikan misi. Korang tak payah nak pegi pon ke LZ. Jimat masa kan? Tapi pastikan korang selesaikan objektif dan keluar daripada Hot Zone
  • Mandi, jangan tak mandi! Dengan mandi korang dapat naikkan defense dan Reflex Time. Kalau Snake korang busuk tak mandi, enemy pon boleh hidu bau busuk korang tak mandi haha!
  • Cube korang dengar pada kaset tape Quite buat bunyi humming. Ia akan bantu aim korang jadi lebih stabil.
  • Kalau korang masuk hutan dan dengar bunyi kucing dan carik tak jumpa-jumpa, sebenarnya tu bunyi Hornbill.
  • Cube nak extract target tapi derang dah injured teruk? Letak dia dalam kenderaan seperti Jeep dan fulton Jeep tu. Konpem la selamat.
  • Snake tak boleh generate health masa tengah sprinting.
  • Korang boleh bersihkan tompok darah dengan pistol air.
  • Kadang-kadang auto mark menggunakan binocular bermasalah jika enemy di belakang sesuatu objek dan sebagainya. Jadi untuk mengelakkan masalah ni, korang boleh mark dengan letakkan cross hairs di badan enemy dan kemudian click mark button.
  • Untuk extract Skulls, korang tak perlu wat mereka stun atau pengsan. Just attack menggunakan senjata seperti assault rifle hingga mereka ‘mati’ dan kemudian extract la mereka sebelum misi berakhir.
  • Ketika aim senjata yang mempunyai flashlight, korang boleh on dan off flashlight tu dengan hanya tekan kanan pada d-pad controller.
  • METAL GEAR SOLID V_ THE PHANTOM PAIN_20150910100109Korang boleh buat misi menggunakan character perempuan! Jadi gadis-gadis of gaming di luar sana boleh jadi heroine dalam The Phantom Pain. Camne nak dapatkan watak ini? Korang boleh dapatkan dia dalam Side Ops yang bernama Prisoner Extraction 02

Ini saja tips yang kitorang ada setakat ni, kalau ada lagi, cuba korang share kat komen ye! In the meantime, moh sambung lepak ngan Big Boss:D

Comments

comments