Dalam artikel protips kitorang sebelum ini, ada tips menggunakan Water Pistol/Pistol Air bagi membersihkan tompokan darah. Setelah surfing online, rupanya ada banyak cara ohsem lagi Pistol Air ini boleh digunakan! Jom main pistol air! Bang! Bang! Squirt!

So Macam Mana Nak Dapat Pistol Air Ni?

Pistol air ni korang boleh develop bila habis Mission 18 untuk mendapatkan Key Item, lepas tuh korang kene ada level R&D dan juga GMP secukup rasa. Level R&D untuk Pistol Air ini boleh diupgrade sehingga Level 52! Setiap level upgrade boleh bagi range/jarak pancutan yang lebih jauh!

Apa Best Sangat Pistol Air ni?

514013160_preview_2015-09-06_00007Macam Banana/Pisang di dalam Peace Walker, Pistol Air ini juga boleh digunakan untuk Hold Up enemy yang korang berjaya approach dengan penuh stealth!

514013160_preview_2015-09-06_00011Korang juga boleh gunakan ia untuk menarik perhatian enemy. Spam je tembak Pistol Air ni secara taktikal di sekeliling enemy untuk menarik or divert attention diorang!

514013160_preview_2015-09-06_00017Korang juga boleh padam api obviously. So apa kebaikan memadam api? Katakan kawasan tu terang sangat dengan unggun api, korang boleh gelapkan sedikit enviroment tu supaya takde la kantoi Big Boss nak menyelamatkan dunia!

514013160_preview_2015-09-08_00002Apa lagi? Korang boleh disable mines guna pistol air! Dengan ammo yang infinite, korang boleh spam pistol air ni tanpa segan-segan untuk disable mine.

514013160_preview_2015-09-06_00015Apa jadi bila korang kene simbah ngan air? Pedih-pedih mata kan? Pedihkan mata enemy dengan tembakan pistol air ni. Korang akan ada masa dalam 3 hingga 4 saat untuk CQC diorang!

514013160_preview_2015-09-06_00021Paling best, korang gunakan pistol air untuk memusnahkan barangan elektronik pihak musuh tanpa menggunakan bom atau C4. Sempoi kan? Baru la enemy tak dengar korang dah baraikan peralatan derang. Korang boleh rosakkan Radar Dishes, Radio Transmitters, dan Power Supply. Pastikan korang tembak lampu yang berwarna biru untuk merosakkan peralatan tersebut.


 

SPOILER ALERT!

TIPS PISTOL AIR BERIKUT ADA SPOILER.

SPOILER ALERT!

 

BAGI YANG KENTAL, BOLEH LA TENGOK KALAU NAK.

MGSVTPP02
Big Boss dah warning. Bawah ni spoiler tau!

.

.

.

.

.

Korang boleh kalahkan Boss Man on Fire gunakan pistol air! HAHAHAHA Korang perlukan 3 – 5 magazine unuk mengalahkan mamat hot nih!

514013160_preview_2015-09-08_00005Korang juga boleh kalahkan Skulls dengan bantuan pistol air ini. Tembakan air yang terkena pada Skulls akan buat mereka stun/kaku dan memberi peluang kepada korang untuk attack mereka. Harus diingatkan bahawa bagi Skulls perempuan, korang kene tembak dekat sikit untuk buat diorang stun.

514013160_preview_2015-09-09_00005

 

So macamana? Feeling sado macho nak abiskan game dengan Pistol Air? Share dengan kitorang kalau weapon nih berjaya buat game korang jadi lagi ohsem!

Comments

comments