Korang dah tengok tak trailer MGS 5 di Gamescom? Jom tengok apa Kojima hint untuk fans beliau dalam trailer kali ni. HYPE!

mgs_gm_01Dalam scene ini korang boleh tengok era dimana Soviet Union menduduki Afganistan dan kontena bertulis FR adalah salah satu kontena yang boleh dibawa balik ke Mother Base.

mgs_gm_02Ini mungkin hint dari Kojima bahawa ini adalah MGS yang terakhir dari dia bersama Konami.

mgs_gm_04mgs_gm_07Ini merupakan bekas simpanan abu askar di Mother Base dan mebbe source abu yang disapu pada muka Big Boss seperti yang ditunjukkan dalam trailer. Dalam scene ini juga, dapat korang lihat ahli pasukan Mother Base menggayakan uniform yang berlainan. Mungkin mengikut pangkat ataupon boleh customise setiap seorang.

mgs_gm_05Next kita boleh tengok Mother Base diserang dan ramai ahli Diamond Dogs yang terkorban. Punca kejadian ini masih belum diketahui.

mgs_gm_08Line ini pasti merujuk kepada perbalahan yang tak henti antara Big Boss dan Zero. Atau mungkin ia juga merujuk kepada perbalahan antara Kojima dan Konami.

mgs_gm_18Then, kita boleh lihat sebuah bangunan di Afrika yang korang boleh infiltrate. Jadi jangan risau kalau MGS yang baru ni takde bangunan yang luas untuk korang selongkar.

mgs_gm_09Stylo kan brader Ocelot dalam scene ni? Kalau korang teringin nak stylo cam dia, spek mata dia tu nanti bakal dijual sebagai official merchandise untuk MGS 5.

mgs_gm_10mgs_gm_11Scene ini menunjukkan satu lagi map yang bakal korang infiltrate. Mungkin ini adalah tempat yang sama dengan dalam trailer sebelum ini yang menunjukkan kereta kebal melintas.

mgs_gm_12Jalan di kawasan ini juga akan membawa kita semua ke gudang yang menyimpan Metal Gear.

mgs_gm_19Ini menunjukkan pula pihak enemy pon boleh menggunakan decoy sama seperti Big Boss. Jadi korang kene hati – hati, jangan plak kene tipu dengan enemy.

mgs_gm_13Korang juga dapat lihat kali ni armor untuk D-Horse adalah berlainan dengan trailer sebelum ini. So mebbe ini adalah antara item yang korang boleh customise atau upgrade di Mother Base nanti.

mgs_gm_14Psycho Mantis yang muda remaja juga akan muncul dalam MGS5. Bagaimana dia akan mempengaruhi jalan cerita masih belum diketahui.

mgs_gm_20Big Boss dikejar lelaki berapi misteri! Lelaki ini juga dilihat sedang menunggang kuda berapi. Siapa jejaka hot ini masih belum diketahui, yang pasti bukan Human Torch dari Fantastic Four. (Nota dari penulis, filem Fantastic Four yang baru ni sucks!)

mgs_gm_22Big Boss sedang menyelamatkan Prisoner of War (POW) secara manual. Dapat dilihat bahawa POW tu dah cedera teruk dan jika dibawa pulang ke Mother Base menggunakan Fulton, dia kemungkinan akan mati. Ini ada diterangkan dalam E3 2015

mgs_gm_15Scene yang agak stylo menunjukkan Big Boss menghalakan senjata ke arah seseorang. Barangkali ia dihalakan ke arah Skull Face kerana senjata yang dipegang Big Boss adalah milik Skull Face.

mgs_gm_16Lelaki hotstuff misteri dapat dilihat secara dekat dalam scene ini. Mesti dia bajet ganas sebab badan dia berapi.


Gamescom 2015 Official Trailer.

Comments

comments