Buat duit atau GMP dalam MGS 5 takde la susah sangat, kalau korang sanggup keje lebih sket. Then korang boleh cepat-cepat upgrade Mother Base, senjata dan pelbagai alatan yang tersedia supaya korang akan lebih enjoy jadi Big Boss. Jom tengok macamana korang boleh dapat duit dengan pantas. Apa pon, 25 persen komisyen untuk JomGaming hokei?!

Dapatkan Rank-S untuk Story Missions

Metal-Gear-Solid-V-The-Phantom-Pain-Prologue-Awakening-S-Rank
Codename gua anak ayam je. Ganas bukan?

Nak tau kenapa berbaloi dapatkan Rank-S dalam story mission? Sebabnya korang akan dapat extra 20% GMP bonus. Biasanya Rank-S boleh dicapai dalam percubaan ke dua/tiga. Ia tidaklah susah sangat sebab korang hanya perlu fokus pada objektif dan selesaikan misi tersebut dengan pantas dan tidak disedari musuh.

Antara tips yang kami boleh bagi ialah gunakan checkpoint untuk re-try part yang terkantoi atau tak cukup pantas. Gunakan segala alatan yang disediakan secara kreatif, kadangkala korang tak sangka ia boleh digunakan untuk keadaan tertentu. Disamping itu, ingat jalan yang paling efisyen dan selamat. Biasanya selepas percubaan pertama, korang dah boleh bajet mana jalan paling bagus.

Dan kalau korang rasa lebih elitis, korang boleh disable-kan Reflex Mode, buat headshot jarak jauh dan interrogate musuh untuk extra point dan info untuk Diamonds.

Buat Side Ops

MGSVTPP02
Serius, Big Boss pun tak faham sama lu.

Kalau korang tak buat ni memang korang rugi. Buat Side Ops ni bukan saja bagi extra GMP, kadang-kadang korang akan dapat geng yang terbaek untuk dimasukkan dalam Mother Base. Ada 150 Side Ops dalam The Phantom Pain, so jangan la berdolak-dalih kalau rasa tak cukup duit tuh hokei!

Apa-apa pon, pastikan korang habis selongkar map Side Ops sebelum menyelesaikan misi tersebut kerana Side Ops tidak boleh direpeat seperti Mission Ops. So, usha la semua bilik-bilik kalau ada materials dan Diamonds yang tercicir.

Hantar Geng dalam Combat Deployments

metal-gear-solid-5-the-phantom-pain-multiplayer-re_x6qv.1920
Guys, macho sikit, diorang nak amik gambo nih!

Jangan korang je yang wat keje, suruh jugak geng-geng korang tu wat keje. Mana boleh bagi chance! Hantar mereka buat mission-mission yang mudah dulu. Buat permulaan, hantar dua untuk setiap misi dan tambah bila korang dah upgrade FOB nanti.

Namun begitu, ada risiko pegi wat combat missions ni. Geng-geng korang ni boleh mati semasa buat misi. Oleh itu, try elak hantar pada misi yang mempunyai peluang kejayaan yang rendah. Hantar pon yang pro-pro, jangan lak hantar askar yang blur selenga pegi buat misi okei?

Kumpul Sebanyak Diamonds Yang Boleh

309503-6
Duk diam-diam, nak selfie nih! Smile!

Dah banyak kali penulis tulis, kutip Diamond tuh! Walaupun nampak remeh, tapi dalam setiap misi pasti akan ada Diamond yang tersembunyi. Jangan lepaskan peluang top-up Diamond ni untuk GMP anda.

Itu saja tip dari JomGaming untuk anda setakat ini related dengan MGS 5. Selamat enjoy the game, Big Boss sekalian! 😀

Comments

comments