Metal Gear FeatArituh kitorang ada feature video yang menghuraikan sejarah siri Metal Gear ini. Kali ni, kita tengok pulak apa bro Muhammad Daniel tulis dalam group Facebook, Metal Gear Solid/MGO Malaysia Group! Jom layan!

Aku tahu sesetengah orang yang main Metal Gear Solid V: The Phantom Pain pasti tak faham apakejadah jalan cerita game ni kan? Ini kerana Metal Gear Solid adalah sebuah franchise game yang paling complicated jalan ceritanya kerana ketidaksusunan game release-nya. Dibawah adalah garis masa franchise ini secara ringkas:

Cerita Metal Gear Saga ni memang berbelit, bermula dengan kisah Naked Snake a.k.a Big Boss:

  • Metal Gear Solid 3: Snake Eater – tahun 1964
  • Metal Gear Solid: Peace Walker – tahun 1974
  • Metal Gear Solid: Ground Zeroes – tahun 1975
  • Metal Gear Solid: The Phantom Pain – 1984

Kemudian, sambung dengan kisah anak/klon beliau, Solid Snake:

  • Metal Gear – 1995
  • Metal Gear 2: Solid Snake – tahun 1999
  • Metal Gear Solid (The Twin Snakes) – tahun 2005
  • Metal Gear Solid 2: Sons of Liberty – tahun 2007/2009
  • Metal Gear Solid 4: Guns of the Patriots – tahun 2014

Baiklah, akan aku mula ringkasan jalan ceritanya;

Metal Gear Solid 3 Snake Eater

Metal Gear Solid 3: Snake Eater

Tahun 1963:

Agen FOX Naked Snake (FOX adalah sebuah kumpulan perisikan gabungan CIA dan diketuai oleh Major Zero) telah dihantar ke dalam Soviet Rusia untuk mengambil seorang pereka senjata Rusia serta memusnahkan senjata baru yang digelar “The Shagohod” (Kereta kebal berkemampuan nuclear). Naked Snake telah dihalang oleh The Boss (mentor dia) dan telah didedahkan bahawa The Boss telah belot dan menyertai Rusia dan telah memberi mereka bom nuclear tersebut. Bom tersebut telah digunakan oleh Colonel Volgin untuk memusnahkan pusat kajian Rusia disitu.

Tahun 1964:

Naked Snake diberitahu oleh Major Zero (ketua FOX) bahawa kerajaan U.S sanggup untuk menjatuhkan segala tuduhan terhadap penglibatan The Boss dalam pembelotan beliau, dengan syarat yang Snake akan terima misi Operation Snake Eater. U.S telah menghantar Naked Snake kembali untuk bunuh The Boss dan membawa pulang “The Shagohod” dan pada masa yang sama ingin membuktikan bahawa bukan mereka yang menggunakan alat nuclear tersebut. Naked Snake dibantu oleh EVA (yang tidak diketahui oleh Snake adalah EVA ialah seorang perisik untuk Chinese People’s Liberation Army yang ditugaskan untuk merampas The Philosophers Legacy). Ketika misi, Naked Snake telah bertemu dengan Ocelot (yang kemudiannya didedahkan dia ialah seorang Agen sleeper). Naked Snake mendapat tahu juga yang Volgin telah mendapat The Philosopher Legacy, akaun simpanan bank yang bernilai 100 billion dollar. Naked Snake memusnahkan The Shagohod, bunuh The Boss dan Volgin dan mendapat separuh daripada The Legacy tersebut.

Naked Snake mendapat tahu yang The Boss sebenarnya setia terhadap U.S dan sedang bekerja dalam penyamaran. The Boss telah dianiayai dan tak menyedari The Philosophers juga mahu dia mati. Dia percaya yang dia sedang menjalani misi (Virtuous Mission) untuk merampas The Philosophers Legacy. Dia diberi bom nuklear untuk diberi kepada Volgin dan meraih kepercayaannya. Apa yang The Boss tak tahu sebenarnya Volgin telah memberi arahan supaya bom nuckelar tersebut digunakan dan Amerika akan dipersalahkan atas perbuatan tersebut. CIA telah mengubahsuai serta menamakan semula misi The Boss “Operation Snake Eater”. The Boss telah diarahkan untuk terus kekal menjadi pengkhianat kepada U.S serta dibenarkan
untuk dirinya dibunuh oleh Agen Amerika; Naked Snake.

U.S telah menamakan Naked Snake sebagai “Big Boss” namun ini membuatkan Big Boss marah terhadap U.S kerana menuduh The Boss ialah seorang pengkhianat walaupun beliau setia dan terpaksa bunuh dia. Big Boss (Naked Snake) meninggalkan Unit FOX dan diikuti oleh Major Zero.

Metal Gear Solid Portable Ops

Metal Gear Solid: Portable Ops

Tahun 1970:

Big Boss (Naked Snake) telah ditangkap dan diseksa oleh unit lamanya, FOX (FOX telah diambil alih oleh Gene a.k.a Viper dan telah menjadi kumpulan pemberontak). Ketika dalam penjara, Big Boss bertemu dengan Green Baret Roy Campbell. Big Boss kemudiannya lari dan mendapat tahu bahawa U.S telah menyalahkan Big Boss kerana menukar FOX menjadi sebuah kumpulan pasukan pemberontak dan menjatuhkan tuduhan pengkhianatan, mereka juga menangkap Major Zero. Big Boss dan Roy Campbell mencadangkan untuk menubuhkan “FOXHOUND” (sebuah unit untuk menjatuhkan unit FOX, pada masa yang sama membersihkan nama mereka). Ahli unit ini terdiri daripada Ocelot, Major Zero, EVA dan Frank Jaeger (bekas agen FOX).

Big Boss telah mengalahkan Gene, dan pada masa yang sama, Gene telah memberi Big Boss segala wang, askar-askar dan pelan untuk mendirikan sebuah negara militari. Ia kemudian didedahkan bahawa tujuan FOX menculik Big Boss adalah rancangan oleh Ocelot dan Major Zero dan Major Zero yang telah mempengaruhi Gene supaya memberontak. Tujuan ini adalah untuk mengumpan ketua pengarah CIA keluar dari tempat penyembunyiannya dan mendapatkan The Philosophers Legacy. Ocelot kemudiannya membunuh ketua CIA tersebut dan mendapatkan The Philosophers LEgacy serta senarai nama ahli Philosophers. Ocelot, Major Zero serta Big Boss menggunakan legasi ini dan askar baru mereka untuk menyusun semula “The Philosophers” dan mencipta “The Patriots”. The Patriots dapat mengawal kerajaan U.S dan bertujuan untuk memenuhi impian sebuah dunia yang bersatu seperti yang dihasrat oleh The Boss suatu masa lalu. Ocelot serta Major Zero bersetuju untuk menjadikan Big Boss sebagai lambang kebanggaan The Patriots.

Tahun 1971:

FOXHOUND telah bertukar menjadi sebuah unit ketenteraan yang rasmi.

Tahun 1972:

Big Boss telah cedera teruk dalam sebuah peperangan. Ini membuatkan Major Zero tidak senang duduk jika askar lagenda beliau mati, jadi beliau menggunakan kaedah pengklonan sel somatik dan EVA sebagai ibu tumpangan untuk mencipta klon Big Boss. Major Zero menamakan projek ini “Les Enfants Terribles”, sebuah projek yang direka khas untuk mencipta askar yang sempurna, menggunakan gen “Panglima Terhebat pada Abad ke-20”; Big Boss. EVA menghasilkan anak kembar; Solid Snake dan Liquid Snake. Namun, kembar ini dianggap sebagai klon yang tidak sempurna, jadi klon ketiga telah dihasilkan iaitu “Solidus Snake”. Solidus dianggap sebagai klon Big Boss yang sempurna.

Untuk menghalang daripada klon-klon ini jatuh ke tangan musuh, mereka diberi “accelerated ageing” supaya mereka cepat membesar dan tua. Ia dianggarkan bahawa mereka akan mati dalam usia 40-an dan jika diperlukan, mereka akan menghasilkan klon baru. Big Boss amat marah dengan tindakan Major Zero. Big Boss juga menganggap The Patriots telah merosakkan visi The Boss dan meninggalkan The Patriots.

Metal Gear Solid Peace Walker

Metal Gear Solid: Peace Walker

Tahun 1974:

Big Boss dan kumpulan barunya; Militaires Sans Frontières telah diminta untuk menyelamatkan Costa Rica dari pasukan askar yang telah mengambil alih negara tersebut. Big Boss mendapat tahu bahawa askar ini sedang membina sebuah Metal Gear yang digelar “Peace Walker”. Peace Walker telah dibina sebagai sebuah pembawa nuklear dan berkemampuan untuk memilih sasaran yang sesuai untuk menyerang sasaran tersebut tanpa bantuan manusia. Peace Walker juga dilengkapi dengan BS-Imago a.k.a A.I The Boss.

Dihasilkan oleh Dr. Strangelove, A.I The Boss adalah sebuah A.I direka khas mencerminkan The Boss. Seorang Agen CIA bernama Hot Coldman telah cuba untuk memasukkan maklumat palsu kepada Peace Walker supaya ia menyerang Militaires Sans Frontières. Coldman kemudiannya dibunuh oleh KGB, tetapi sebelum mati, dia sempat memprogram semula Peace Walker untuk menyerang Cuba. Pada masa yang sama, memberi maklumat palsu kepada U.S, membuatkan kejadian ini seperti mereka adalah sasaran serangan misil Soviet.

Big Boss cuba meyakinkan U.S bahawa serangan misil itu adalah tidak benar supaya U.S tidak memulakan serangan. Big Boss tak mampu untuk menghentikan Amerika daripada memulakan serangan tersebut. A.I The Boss kemudian korbankan diri untuk menutup signal palsu itu dan seterusnya menghalang perang Nuklear.

Big Boss menggunakan kumpulan dan pembangun Peace Walkers untuk mencipta Metal Gearnya yang sendiri. Metal Gear ini kemudian dicuri oleh seorang agen yang dihantar oleh Major Zero. Major Zero berhasrat untuk menggunakan Metal Gear tersebut untuk melancarkan nuklear terhadap U.S dan menganiayai Big Boss dan kumpulannya atas serangan itu. Big Boss kemudiannya bercadang untuk membina sebuah Negara Ketenteraan; bebas dari eksploitasi dan korupsi kerajaan dunia.

Big Boss namakan negara ini; Outer Heaven. Dia bercadang untuk menggunakan Outer Heaven untuk melawan Major Zero dan The Patriots.

Metal Gear Solid Ground Zeroes

Metal Gear Solid: Ground Zeroes

Metal Gear Solid V The Phantom Pain

Metal Gear Solid V: The Phantom Pain

Antara tahun 1975 dan sekitar tahun 1984, berlakunya kisah Ground Zeroes serta The Phantom Pain. Aku tak akan spoilkan apa-apa maklumat berkenaan dua game ini sebab masih baru dan orang sedang main lagi game ni.

Tahun 1984 hingga tahun 1989:

Tentera Big Boss menyertai beberapa siri peperangan.

Tahun 1990:

Solid Snake menyertai Perang Gulf untuk U.S. Liquid Snake pula ditangkap oleh Iraq ketika berlawan untuk SAS.

Tahun 1991:

Big Boss mengambil alih FOXHOUND supaya beliau boleh mengawasi U.S dari dalam. Pihak U.S pula tidak tahu bahawa Big Boss yang menguasai Outer Heaven. Outer Heaven telah menghasilkan TX-55 Metal Gear, sebuah jentera robotik yang berkuasa yang mampu menahan serangan Major Zero dan The Patriots.

Tahun 1994:

Liquid Snake dibebaskan.

Metal-Gear-001

 

Metal Gear

Tahun 1995:

U.S mengetahui bahawa Outer Heaven sedang menghasilkan Metal Gear mereka sendiri. Mereka kemudiannya menghantar Frank Jaeger a.k.a “Grey Fox” dalam misi penyusupan ke Outer Heaven, tapi gagal dan ditangkap. Big Boss menghantar Solid Snake yang masih mentah (Solid Snake masih tak tahu Big Boss ialah ayah dia) untuk selamatkan Grey Fox. Solid Snake selamatkan Grey Fox dan menyelesaikan misisnya. Big Boss kemudiannya cuba untuk menghalang Solid Snake dari menyelesaikan misinya dan mendedahkan bahawa beliau ialah ketua Outer Heaven. Tujuan beliau mengambil alih FOXHOUND adalah supaya beliau mampu melengahkan misi ini, jadi Outer Heaven mampu menyiapkan Metal Gear mereka. Solid Snake mengalahkan Big Boss dan menghancurkan Metal Gear serta meletupkan fasiliti tersebut. Namun Big Boss hidup dan beliau serta tentera Outer Heaven kemudiannya berundur ke Timur Tengah sebelum fasiliti tersebut meletup.

Tahun 1995:

Dengan ‘kematian’ Big Boss, Roy Campbell mampu mengambil alih semula FOXHOUND.

Tahun 1997:

Big Boss membantu Zanzibar mencapai kemerdekaan dari Rusia secara paksaan.

Metal Gear 2 Solid Snake

Metal Gear 2: Solid Snake

Tahun 1999:

Minyak dunia semakin merosot dan dianggap sebagai krisis besar. Untuk menghalang dari perkara ini terjadi lagi, Dr. Kio Marv telah menghasilkan minyak sintetik. Beliau kemudiannya diculik oleh askar-askar dari Zanzibarland dengan tujuan memegang tebusan dunia supaya mampu mengawal minyak dunia. Zanzibar mengunakan Metal Gear untuk mengawasi Dr. Kio Marv. Ketika misi menyelamatkan beliau, Snake mendapati Big Boss masih hidup. Solid Snake gagal untuk selamatkan Dr. Kio Marv, tapi mampi mampu merampas formula minyak sintetik dari mayatnya. Solid Snake kemudiannya diserang oleh Metal Gear D yang dipandu oleh Grey Fox. Solid Snake mengalahkan Metal Gear D, Grey Fox hidup dan dia serta Solid Snake mulakan perlawanan. Solid Snake bunuh Grey Fox. Solid Snake bertembung dengan Big Boss dan mereka berlawan menyebabkan Big Boss terbunuh. Sebelum kematian Big Boss, beliau mendedahkan kepada Solid Snake beliau ialah ayahnya.

Badan Big Boss dikutip oleh The Patriots, walaupun mengalami kecederaan yang parah, beliau masih hidup, nyawa ikan saja. Major Zero kemudiannya meletakkan Big Boss didalam bilik sejuk dan menyuntik nanomachines ke badannya untuk membuatkan beliau jatuh ke dalam keadaan koma kryogenik. Tujuan Major Zero membuat sebegini adalah kerana dia ingin menggunakan gen Big Boss untuk meningkatkan keupayaan askar (Askar Genome) meningkatkan keupayaan deria, refleks serta skil pertahankan diri. Major Zero bertindak sentimental lalu menyimpan Big Boss buat sekian waktu (ada yang mencadangkan Zero menyesal kehilangan persahabatan mereka berdua). Perkara ini membuatkan Ocelot berang lalu memulakan plot untuk menyerang Major Zero dan The Patriots.

Tahun 2000:

Roy Campbell meninggalkan FOXHOUND. Liquid Snake pula menyertai FOXHOUND dan seterusnya menjadi ketua pertubuhan ini.

Tahun 2001:

Major Zero yang semakin tua dan semakin hilang keyakinan terhadap orang lain, mula tidak percayakan sesiapa untuk mengambil alih The Patriots. Major Zero kemudiannya memulakan sebuah pembinaan jaring A.I (The System) untuk meneruskan visinya. The System ini mempunyai 4 A.I yang dikawal oleh “master” A.I yang ke-5. Zero menggunakan data biometrik Big Boss sebagai kunci sebagai akses ke central master A.I. The System mengambil alih segala fungsi The Patriots. The Patriots pula meletakkan Solidus Snake sebagai Presiden Amerika Syarika dan beliau membentuk kejadian yang akan datang; “Shadow Moses Incident”.

Tahun 2003:

Dr. Naomi Hunters menyempurnakan virus FOXDIE, virus yang diprogram untuk membunuh orang yang tertentu dengan mengenalpasti DNA seseorang dan nanomachines orang tersebut. Asalnya direka untuk membunuh Solid Snake sebagai balas dendam kematian Grey Fox.

Metal Gear Solid

Metal Gear Solid

Tahun 2005:

FOXHOUND mengetuai pemberontakan kententeraan di sebuah pulau di Alaska’s Fox Archipelago. Pulau ini diberi nama “Shadow Moses”. Diketuai oleh Liquid Snake, unit ini adalah sebuah unit yang secara genetiknya amat maju (Genome Soldiers). Mereka menggenggam Metal Gear REX, sebuah metal gear yang mempunyai kemampuan nuklear dan sedang mengugut kerajaan U.S untuk melancarkannya jika “mayat” Big Boss tidak dikembalikan dalam masa 24 jam. Roy Campbell menghantar Solid Snake dengan misi menyelamatkan “DARPA Chief” dan “ArmsTech President”. Misi ini akan menentukan jika Liquid mempunyai kemampuan melancarkan nuklear atau tidak. Snake kemudiannya jumpa ArmsTech President dan ketika dalam perbualan, ArmsTech President mengalami sakit jantung dan mati. Snake bertembung dengan Revolver Ocelot, Ocelot mencabar untuk bertanding perlawanan pistol. Setelah beberapa lama, ketika Ocelot hampir menembak Snake, tangannya dipotong oleh sebuah ninja cyborg. Ninja dengan pengubahsuaian genome ini ialah Grey Fox, yang dipercayai mati ketika berlawan dengan Solid Snake dalam Metal Gear 2.

Ketika dalam misi, Snake menyelamatkan Meryl (anak Roy Campbell) dan Otacon (pencipta Metal Gear REX). Selepas menyelamatkan Otacon, Solid Snake mengetahui bahawa Liquid mempunyai Metal Gear REX. Solid Snake pergi lagi kedalam komplex Shadow Moses dimana dia menjumpai Metal Gear REX yang dipandu oleh Liquid Snake. Ketika berlawan, Grey Fox datang untuk membantu Solid Snake dengan merosakkan Metal Gear REX secara teruk. Namun Grey Fox dibunuh apabila Metal Gear REX memijaknya. Selepas perlawanan pertama di atas Metal Gear REX, Liquid cuba untuk lari. Apabila Solid Snake cuba untuk mengejar Liquid, Liquid secara tiba-tiba mengalami sakit jantung dan mati. Pada ketika ini Solid Snake mendapat tahu bahawa dia telah dijangkiti dengan virus FOXDIE. Ketika saat Grey Fox masih hidup lagi, Dr. Naomi Hunter telah menyuntik vierus ini kepada Solid Snake tapi Solid Snake diberitahu, dia masih ada banyak tahun untuk hidup.

Selepas kejadian Shadow Moses, sebuah buku dilancarkan, mendedahkan segalanya termasuk penglibatan Solidus. Dia dipaksa untuk meletakkan jawatan sebagai Preident U.S dan lari bersembunyi bersama Ocelot. Ocelot juga telah menyambung tangan Liquid Snake bersamanya, menggantikan tangan yang putus. Ini menyebabkan ingatan Liquid ingin mengambil alih badan Ocelot.

Metal Gear Solid Sons of Liberty 1

Metal Gear Solid: Sons of Liberty (bahagian 1)

Tahun 2007:

Solid Snake mendapati sebuah kapal sedang membawa Metal Gear Ray. Solid Snake mencari kapal itu dan memasuki kapal itu dengan tujuan nak memusnahkannya. Namun, kapal itu telah dirampas oleh Ocelot (yang kini badannya diambil alih oleh Liquid Snake) dan mencuri Metal Gear Ray. Solid Snake telah dituduh mencuri Metal Gear Ray dan dia pula lari menyembunyikan diri.

Metal Gear Solid Sons of Liberty

Metal Gear Solid: Sons of Liberty (bahagian 2)

Tahun 2009:

Agen FOXHOUND Raiden (dia ialah anak angkat Solidus Snake, tetapi telah hilang ingatan) telah diarahkan untuk menyelamatkan tebusan-tebusan yang berada di Big Shells Facility. Mereka menjadi tahanan oleh sebuah kumpulan yang bernama Sons of Liberty (yang ketua mereka dikatakan Solid Snake). Ketika misi, Raiden bertemu dengan seorang lelaki bernama Pliskin yang membantunya untuk membawa alih tebusan-tebusan keluar dari pusat itu. Raiden dan Pliskin telah diserang oleh ketua Sons of Liberty, yang menggelar dirinya Solid Snake. Raiden dan Pliskin mengalahkan Solid tetapi dia sempat lari. Ia kemudiaannya didedahkan bahawa orang yang menyamar sebagai Solid Snake dan juga ketua Sons of Liberty itu ialah sebenarnya Solidus Snake. Solidus mengambil nama itu untuk menganiayai Solid Snake bahawa dia terlibat dalam aktiviti-aktiviti pengganas (pada masa sama Pliskin mendedahkan dirinya ialah Solid Snake). Ketika dalam fasiliti tersebut, Raiden mempelajari yang fasiliti itu ialah sebuah Metal Gear yang besar.

Fasiliti ini juga mempunyai salah satu A.I sistem Patriots. Raiden dan Solid Snake kemudiaannya berjaya menanam virus kedalam sistem A.I, tetapi Solid Snake telah ditangkap. Raiden kemudiannya melawan sekumpulan Metal Gear Rays. Ocelot mendedahkan yang seluruh misi Big Shells ini telah dirancang secara rapi dengan tujuan untuk menghasilkan semula kejadian Shadow Moses. Raiden telah dihubung oleh A.I Partiots melaui unit comms-nya. Perkara ini telah dirancang oleh A.I The Patriots dengan tujuan menghasilkan seorang askar (Raiden) yang sama taraf dengan Solid Snake. Ia didedahkan bahawa tujuan sebenar simulasi ini adalah untuk melihat sejauh mana mereka mampu mensimulasi dan mengawal perangai manusia (A.I tersebut telah mengarah Raiden untuk bunuh Solidus, kalau tidak mereka akan bunuh orang yang Raiden tersayang). Ketika Raiden bertembung dengan Solidus, Solidus mendedahkan kepada Raiden tentang kehidupan lampaunya dan Solidus ialah ayah angkatnya. Mereka kemudian berlawan, dimana Raiden akhirnya membunuh Solidus Snake. Ketika Ocelot melihat Solidus dibunuh, dia lari bersama Metal Gear yang terakhir. Raiden, berang dengan manipulasi yang dialaminya oleh The Patriots, bersumpah akan memusnahkan mereka.

Metal Gear Solid 4 Guns of The Patriots

Metal Gear Solid 4: Guns of The Patriots

Tahun 2014:

Ocelot kini dikawal sepenuhnya oleh Liquid Snake lalu kini digelar sebagai “Liquid Ocelot”. Dunia kini telah diambil alih oleh sebuah ketenteraan persedirian nanomachines, sebuah unit yang paling besar diketuai oleh Liquid Ocelot. U.N mahu Liquid Ocelot dibunuh, jadi mereka menghantar Solid Snake untuk membunuh Liquid Ocelot. Disebabkan “accelerated ageing” yang dialami Solid Snake, dia menjadi tua dan hanya mempunyai satu tahun lagi saja untuk hidup. Snake gagal untuk membunuh Liquid Ocelot pada awalnya, tapi mendapat tahu bahawa Dr. Naomi Hunter menjadi tebusan oleh Liquid Ocelot. Snake menyelamatkan Dr. Naomi Hunter, dan dia memberitahu bahawa virus FOXDIE dalam badannya sedang bermutasi.

Naomi menerangkan yang Liquid Ocelot mahu badan Big Boss yang kini sejuk, untuk mengambil data biometrik dan menggunakannya untuk mengakses Master Patriot A.I. Ini akan memberinya sepenuh kawalan nanomachines seluruh dunia. Nanomachines ini akan hilang kawalan dan mula membunuh sesiapa sahaj di keliling Solid Snake jika tidak dihalang. Ketika pertembungan dengan beberapa buah Mech (Metal Gear yang tiada kuasa Nuklear), seorang Ninja Cyborg telah datang membantu Snake dan memberikan dia peluang untuk larikan diri. Ninja itu ialah Raiden. Ocelot kemudiannya berjaya mendapat Big Boss, lalu mendapat kawalan semua nanomachines di dunia, dia menutup semua ketenteraan di dunia ini, selain daripada askarnya sendiri. Dia bercadang untuk menggunakan Metal Gear REX (dari MGS1) untuk menghancurkan The Patriots, jadi dia kembali ke Shadow Moses untuk mendapatkannya semula.

Ocelot mendapat semula Metal Gear REX dan bersedia unutk melancarkan serangan nuklear kepada pusat utama The Patriots. Solid Snake dan Raiden berjaya untuk menghalang Ocelot dari melancarkan nuklear. Mereka menanam virus yang direka oleh Dr. Naomi Hunter kedalam pusat utama Sistem A.I. Virus itu kemudiannya memusnahkan Sistem The Patriots, bersama dengan A.I dan juga nanomachines seluruh dunia. Dunia kini tinggal dengan keperluan yang amat sedikit bagi ketamadunan moden untuk bertahan. Solid Snake dan Liquid Ocelot kini berlawan dalam pertembungan yang paling terakhir, dimana Solid Snake membunuh Liquid Ocelot.

Dengan ketiadaan The Patriots dan nanomachines, setiap ketenteraan/orang/kerajaan dunia bebas dari manipulasi dan mampu membuat perkara mereka yang sendiri. Solid Snake melawat kubur Big Boss, sebelum setahun lagi dari kematiannya dan virus FOXDIE juga telah bermutasi, dan juga menjadi ancaman dikelilingnya. Snake kemudiaanya ingin bunuh diri. Sebelum dia menarik picu pistolnya, sorang lelaki menemui Solid Snake, bersama lelaki itu ialah seorang yang uzur dan nazak diatas kerusi roda. Lelaki itu ialah Big Boss! Dia menerangkan kepada Solid Snake bahawa mayat beku itu bukan dia, tetapi Solidus Snake. Disebabkan Solidus Snake ialah seorang klon Big Boss yang paling sempurna dan mempunyai DNA dia, semua orang menganggap mayat beku itu ialah Big Boss.

Big Boss kemudiannya menerangkan bahawa The Patriots direka untuk memenuhi visi The Boss, menjadikan sebuah dunia yang bersatu. Namun, sepanjang jalan, Big Boss dan Major Zero telah lari dari tujuan dan mengejar visi itu dengan cara yang tersendiri. Big Boss menerangkan lagi bahawa Major Zero membiarkan A.I mengambil alih, menyebabkan kebergantungan dunia terhadap ekonomi peperangan dan ini telah lari jauh dari Visi The Boss yang inginkan sebuah dunia bersatu. Big Boss kemudiannya pergi ke belakang kerusi roda orang tua itu, menutup salurang pernafasannya, membiarkan dia mati. Orang tua itu ialah Major Zero.

Big Boss menyatakan kepada Solid Snake bahawa A.I telah menanam sebuah ikatan baru FOXDIE dalam badan Solid Snake. Solid Snake tidak lagi menjadi senjata biologi, namun berada bersama Solid Snake, Big Boss berasa tenat. Big Boss memberitahu bahawa dia, Major Zero dan Ocelot, mahu segalanya bebas seperti keadaan dunia kini. Namun, setiap daripada mereka mempunyai cara untuk mencapai Visi The Boss. Diakhir, apa yang The Boss mahu; ialah membiarkan dunia ini tanpa diganggu. Big Boss juga berkata bahawa tangan Liquid yang disambung dengan Ocelot tidak mengambil alih Ocelot namun Ocelot telah menggunakan dadah-dadah, nanotech dan hypnosis untuk menanam masuk personaliti Liquid kedalam dirinya, untuk memperbodohkan A.I. Namun apabila lengan Liquid dibuang, Ocelot menjadi gila dan sebenarnya meyakini dirinya ialah Liquid Snake. Big Boss dan Solid Snake berdamai dan kemudiannya Big Boss mati ditangan Solid Snake. Solid Snake kemudian meneruskan hidupnya, dan melihat apa yang terjadi dengan dunia akan datang.

+++

Dan disini berakhir Saga Metal Gear, dan aku paham, masih banyak orang yang masih keliru dengan cerita-cerita ini dan aku akan membuat satu lagi kesimpulan secara ringkas:

Metal Gear Solid berkisar tentang legasi seorang askar; “The Boss”. The Boss membayangkan sebuah visi dunia bersatu. Dituduh sebagai pengkhianat oleh negara yang beliau setia dan sayangi. Big Boss dan Major Zero bersama meneruskan legasi The Boss dengan cara mereka masing-masing. Sekian lama mereka terpesong dari tujuan asal mereka, lari jauh dari visi The Boss.

Major Zero meninggalkan visi The Boss ditangan sistem A.I, namun A.I menyalah-tafsir bagaimana untuk mencapai visi tersebut dan mengambil alih dunia. Apabila A.I. tersebut berhenti, kita mempelajari visi sebenar The Boss.

Iaitu “To just leave the world alone”.

Comments

comments