MGS 5 The Phantom Pain: Trailer terakhir untuk siri terakhir MGS!

Pencipta siri Metal Gear Solid, Hideo Kojima telah menghasilkan trailer terakhir untuk The Phantom Pain. Check it out!
Trailer yang dihasilkan kali ini bakal mengimbau nostalgia peminat-peminat siri MGS dengan memaparkan aksi-aksi dari game-game yang terdahulu disamping menyogok aksi-aksi yang bakal ditempuhi kelak didalam The Phantom Pain. Memang tak disangkal trailer kali ini memaparkan jatuhnya seorang wira ke arah kegelapan dimana tiada pusingnya lagi.

1347Mungkin ini juga searah dengan bagaimana Konami telah mengambil keputusan untuk membuang nama Kojima serta studionya dari box art The Phantom Pain. Ditambah pula dengan pembatalan Silent Hill oleh Konami – game yang sepatutnya mendapat sentuhan Kojima selepas Phantom Pain, menjadikan masa depan Kojima di Konami semakin diragui.

We+salute+you+big+boss+_2909bdfa920f221c51fdc238daeeac81Terima Kasih Hideo Kojima untuk siri Metal Gear Solid.

Nantikan review kami untuk penutup siri ini di masa akan datang.

Comments

comments