Jom selami makna disebalik logo ini!

Seperti yang kita semua sudah ketahui, Wan Hazmer yang telah meninggalkan Square Enix kini telah membuka dan mengetuai sebuah studio pembangunan game, yang digelar Metronomik.

Terkini, studio tersebut telah melancarkan Facebook Page mereka, dan antara post terawal yang mereka keluarkan adalah mendedahkan logo Metronomik dan makna di sebaliknya.

Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, “Metronomik” diambil daripada perkataan “metronom”. Warna merah jambu di dasarnya mewakili passion mereka untuk mencipta kandungan game asal yang mengikuti rentak kehidupan. Mereka mahu membuktikan yang muzik dan game boleh diwujudkan bersama secara lebih harmoni jika dibandingkan apa yang telah dilakukan sebelum ini.

Warna hijau di dasarnya itu pula memberikan simbol belas kasihan terhadap menyemai bakat baru dan berpontensi. Ini lebih digambarkan lagi dalam tumbuhan yang terdapat di dalam bekas metronom itu. Hati besar berwarna di atas tumbuhan itu pula kerana cinta mereka terhadap apa yang mereka lakukan dan menggalakan orang lain untuk melakukan perkara yang sama.

Warna biru di dasarnya itu pula menunjukkan kesungguhan mereka untuk mendidik orang lain. Mereka mempunyai plan jangka panjang untuk membina sistem pendidikan bagi menambahbaik pemikiran kreatif generasi akan datang.

Mereka menekankan yang passion, belas kasihan dan kesungguhan adalah teras utama Metronomik.

Kalau nak ikuti perkembangan semasa Metronomik, korang jangan lupa untuk like Facebook Page Metronomik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.