Akhirnya kita dapat mengintai keretapi yang disebut-sebut selama ini.

Banyak yang dapat dilihat di dalam trailer Metro Exodus kali ini.

Paling utama adalah Aurora, keretapi yang akan menjadi social hub dalam game ini. Kita boleh saksikan Aurora melarikan diri daripada dunia bawah tanah Moscow dan menuju ke Timur Russia.

Sepanjang perjalanan nanti, korang akan merentasi kawasan tundra, jalankan misi story mode dan kumpul loot dan items di dunia Metro yang tandus beku dan didiami monsters dan humanimals – hibrid manusia binatang yang lahir di dunia pasca-apokalips pada tahun 2033 selepas letusan nuklear pada tahun 2013. Peh, panjang betul ayat tu.

Customisation senjata turut dipaparkan di dalam trailer di atas, kepelbagaian keupayaan ubahsuai untuk korang sesuaikan snjata mengikut cara permainan korang. Macam biasa, dunia Metro akan memberi korang peluru yang sangat sedikit, jadi berjaga-jaga dan berjimatlah dalam menggunakan senjata dan peluru korang.

Metro Exodus akan dilancarkan ke multiplatform pada 22 Februari 2019.

Comments

comments