Dengan masa pelancaran Metal Gear Solid 5 yang tak sampai sebulan, pasti ramai tak sabar untuk melayan game ini sampai lebam nanti. Artikel kali ini adalah info mengenai markas anda di dalam MGS5 yang dikenali sebagai Mother Base.

Metal_Gear_Solid_MB
Mother Base korang nanti macamnila kot. . Pepandai la korang!

Mother Base ini nanti bakal menjadi tempat untuk korang membuat senjata, armor, utiliti dan macam-macam lagi! Korang juga boleh upgrade Mother Base korang untuk membantu  dalam misi – misi Metal Gear Solid 5.

Metal_Gear_Solid_Quite
Cuba tengok Mother Base kat belakang tuh. Indah bukan?

Mother base akan terdiri daripada pelbagai platform seperti Research & Development platform, Support platform, Base Development platform, Intel platform, Medical platform dan Combat Unit platform.

Metal_Gear_Solid_Fulton
Seronoknye dapat main belon dalam game espionage. Klaka Abang Kojima nih.

Perkara paling penting untuk korang bangunkan Mother Base korang nanti adalah dengan mencari Non Playable Character (NPC) di dalam misi-misi korang nanti. NPC – NPC ini boleh dipengsankan dan dihantar ke Mother Base korang dengan menggunakan Fulton Balloon.

Metal_Gear_Solid_NPC
Watak ini tiada kena-mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah tiada.

Setiap NPC mempunyai skill-skill yang tersendiri dimana ia boleh digunakan di dalam platform – platform yang ada di Mother Base. NPC juga boleh dihantar untuk misi – misi selain menghantar Snake

Metal_Gear_Solid_team
So korang, get ready untuk upgrade Mother Base korang macam Clash of Clans versi Kojima nanti!

Maka dapat disimpulkan, dengan membangunkan Mother Base, korang akan dapat membantu mereka dalam misi – misi yang bakal dihadapi – sama seperti konsep yang digunakan dalam game Assassin’s Creed: Brotherhood.

Apa pun, enjoy final trailer untuk Metal Gear Solid 5: The Phantom Pain. Layannn…

Comments

comments