Hideo Kojima telah bersama siri Metal Gear selama 26 tahun, dengan kisah-kisah ketenteraan, askar upahan, Cold War dan juga senjata nukear yang hebat yang dinamakan Metal Gear. Dengan game terakhir ini, The Phantom Pain membawa nafas baru ke siri Metal Gear dengan map open-world dan binaan base yang boleh dimainkan secara multiplayer. Boleh Beli or Boleh Blah? Jom kita tengok review kali ni!

MGSVTPP02
Dalam MGS5, korang akan menjadi Big Boss dan game ini akan menceritakan bagaimana terjadinya Outer Heaven.

Bagi yang kurang arif dalam ceritera MGS, The Phantom Pain berlaku diantara masa MGS: Peace Walker dan Metal Gear yang pertama(1987) dimana Big Boss adalah ketua geng musuh. Siri kali ini ingin menunjukkan bagaimana perubahan Big Boss dari seorang hero menjadi seorang villain ala Anakin Skywalker menjadi Darth Vader. The Phantom Pain bersambung dari MGS: Ground Zeroes dimana Big Boss sedang dalam misi untuk membina kembali pasukannya dan membalas dendam atas apa yang terjadi sebelum itu.

MGSVTPP03

APA BARU DALAM MGS5?

Alat paling penting dalam MGS kali ini adalah teropong yang dimiliki oleh Big Boss. Sama seperti Ground Zeroes, ia membantu korang untuk mengesan dan tag pihak musuh semasa di medan perang. Ini membantu mengesan pergerakan mereka dan merancang bagaimana cara yang terbaik untuk menyelinap. Bagi gamer-gamer yang sudah lama bermain siri ini, pasti ada yang lebih gemarkan style dahulu yang menggunakan sistem radar dan kon penglihatan musuh.

MGSVTPP04Selain teropong, alat yang baru diperkenalkan dalam siri ini dan juga sangat berguna adalah Fulton surface-to-air recovery system. Sistem Fulton ini membenarkan korang untuk songlap pelbagai alat untuk dibawa pulang ke Mother Base. Tak kira la apa pon boleh dibawa pulang menggunakan Felton ini. Trak, kereta kebal, turret, binatang liar dan macam-macam lagi la, penulis ingin elakkan memberitahu sebab nak bagi korang test sendiri apa yang boleh dibawa balik menggunakan Felton.

MGSVTPP05Seperti diperkatakan dalam artikel kami sebelum ini, sumber-sumber seperti tentera, senjata dan sebagainya boleh dibawa pulang ke Mother Base untuk digunakan kelak. Ia akan membantu korang buat upgrade dan juga membuat misi-misi extra. Idea kepada Mother Base agak menarik, tapi malang sekali Mother Base kelihatan agak hambar dan kosong tanpa aktiviti yang banyak boleh dibuat disana.

MGSVTPP07

Namun begitu, harus diberi pujian kepada Kojima Studio kerana menyediakan pilihan peralatan, senjata api dan upgrade yang sangat banyak dalam siri Metal Gear kali ini. Dengan kepelbagaian ini, memberi gamers pilihan untuk menjalankan misi mengikut citarasa masing-masing.

APALAGI YANG BEST?

Disamping itu, kali ini korang juga diberikan buddy system yang dimana Big Boss akan diberikan pasangan untuk dibawa ke medan perang seperti D-Dog, D-Horse dan juga Quiet iaitu seorang sniper yang seksi bangat.

Melalui sistem buddy ini, korang boleh pilih bila dan dimana untuk membawa masuk bantuan ke medan perang. Walaupun berbekalkan pelbagai alat dan senjata, game ini juga akan upgrade sistem pihak musuh. Jadi jangan korang ingat korang akan menang misi-misi yang seterusnya dengan mudah 🙂

MGSVTPP10Walaupun ada sesetengah fan yang ragu-ragu dengan pendekatan Kojima dengan membawa open world ke dalam siri Metal Gear, penulis mendapati misi-misi yang disediakan sangat teratur dan masih memberikan cabaran kepada peminat setia siri ini khususnya. Korang harus mengatur langkah bagaimana untuk menyusup masuk dan mencapai objektif yang disediakan. Tidak dinafikan, mendapat rank-S dalam misi-misi The Phantom Pain sangat memuaskan terutamanya kepada kipas-susah mati siri Metal Gear.

MGSVTPP08

STORY DIA MACAMANA PULAK?

Kepada mereka yang familiar pada siri ini, pasti tahu yang Metal Gear memang penuh dengan cerita, cut scene dan perbualan antara watak. Namun kali ini, bahagian ini agak kurang jika dibandingkan dengan MGS4 yang mempunyai cut-scene yang selama 8 jam! Harus penulis katakan, siri kali ini tidak sehebat seperti dalam siri-siri yang sebelumnya. Namun begitu, apa yang disampaikan adalah secukupnya bagi menjadi tirai penutup siri MGS ini.

We+salute+you+big+boss+_2909bdfa920f221c51fdc238daeeac81SO MACAMANA? BOLEH BELI OR BOLEH BLAH?

+ Gameplay baru, satu perubahan yang menyegarkan buat siri ini. Kojima berani membuat perubahan ini dan nampaknya ia adalah sangat baik untuk siri ini.

+ Graphic dan sound adalah sangat memuaskan. Memang Fox Engine sudah menunjukkan kehebatannya dalam demo reel dan dalam MGS: Ground Zeroes. Ia dapat memaparkan watak secara terus dari gameplay terus ke cut-scene dengan lancar.

+ Misi-misi direka dengan pelbagai cara untuk menyelesaikannya. Konsep open world memberi lebih option kepada gamers cara dan taktik yang tersendiri.

– Bagi mereka yang baru hendak berjinak dengan siri ini, banyak back-story yang perlu dibaca atau dikaji untuk benar-benar faham apa yang terjadi dengan Big Boss dan pasukannya.

KEPUTUSAN: BOLEH BELI!!

Comments

comments