Salam, komrad!

Bercakap di St. Petersburg International Economic Forum, Pavel Kolobkov, Menteri Sukan Rusia menyatakan sokongan beliau dalam mengiktiraf esports sebagai satu cabang sukan. Beliau berkata, pengiktirafan beliau tidaklah seberapa, kerana masyarakat dan industri sendiri sudah lama mengiktirafnya sebegitu!

Sumber: Getty

Menurut beliau lagi, tugas kerajaan hanyalah untuk mengawalselia dan memastikan had-had perundangan terjaga dan terpelihara.

“Tak kisahlah jika kerajaan ataupun orang lain mula mengiktiraf esports. Esports telah lama diiktiraf oleh masyarakat. Oleh mereka yang menjayakannya. Tugas kami adalah untuk mengawalselia.” – Pavel Kolobkov, Menteri Sukan Russia 2018

Menteri Sukan Rusia berkata lagi, “Esports seperti game simulator dan simulator sukan adalah satu lagi cabang disiplin sukan. Ianya boleh dilihat seperti Gymnastics atau sukan-sukan utama lain yang mempunyai pelbagai subset sukan di bawahnya – yang masih mempunyai ciri-ciri kesukanan seperti aspek latihan, peraturan, sistem pertandingan unik, liga dan sebagainya.”

“Kami telah lama membincangkan isu esports sebagai sukan ini. Tak kisahlah jika kerajaan ataupun orang lain mula mengiktiraf esports. Esports telah lama diiktiraf oleh masyarakat. Oleh mereka yang menjayakannya. Tugas kami adalah untuk mengawalselia dan menyusun had-had perundangan bagi membangun sebagai inisiatif kerajaan. Sebab itu saya boleh berkata dengan yakin bahawa esports merupakan satu industri yang kukuh membangun.”

Bagaimanapun, Kolobkov berkata bahawa esports takkan menggantikan sukan tradisional, tetapi keduanya boleh dibangunkan seiring. Kerajaan Russia juga sudah bersedia untuk merangka peraturan dan pelan pembangunan esports di Russia kelak. Sejak hujung tahun 2017 melalui Russian Esports Federation, atlit-atlit esports Russia telah menerima gred-gred kesukanan rasmi (I, II & III) berikutan kejayaan mereka di dalam pertandingan esports. Organisasi yang ditubuhkan pada tahun 2000 itu merupakan salah sebuah badan kerajaan rasmi pertama di dunia yang mengiktiraf esports!

Sumber: Roscongress

St. Petersburg International Economic Forum bukan sahaja membincangkan isu-isu ekonomi serantau, malahan turut mengadakan panel berfokuskan esports yang mengumpulkan nama-nama besar seperti:

  • lya Galaev, Presiden persatuan sukan VFSO Trudovye Rezervy
  • Roman Dvoryankin, Pengarah Urusan pasukan esports Virtus.pro
  •  Nail Izmailov, Timbalan Presiden pasukan bolasepak FC Spartak Moscow
  • Aleksandr Prokopyev, Anggota Jawatankuasa Kebudayaan, Sukan, Pelancongan dan Belia, Duma
  • Neil Sturrock, Presiden pengeluar minuman ringan PepsiCo bagi Russia, Belarus, Ukraine, Caucasus Asia Tengah
  • Anton Cherepennikov, Pengarah ESforce Holding – pemilik beberapa jenama esports dunia

Pada masa yang sama, Roman Dvoryankin, Pengarah Urusan pasukan esports Virtus.pro menggesa kerajaan-kerajaan sedunia untuk mengiktiraf esports sebagai sukan bagi tujuan pelaksanaan polisi yang boleh dikutip dari polisi-polisi sukan tradisional.

Di Malaysia pula, Kementerian Belia & Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) bersama Esports Malaysia (ESM) telah menubuhkan unit esports bagi mempersiapkan kontinjen Malaysia ke acara esports di Sukan Asia dan Olimpik kelak. Selain itu sistem perlesenan pemain esports kebangsaan turut dibangunkan yang akan memberikan elaun dan tajaan kepada atlit esports yang berlesen.

Comments

comments