Semoga setiap usaha tuan YB Gobind menemui kejayaan. Kitorang gamers tegar, sentiasa menyokong usaha sebegini.

Menurut The Edge Markets, YB Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia akan mula bertemu dengan syarikat-syarikat telekomunikasi negara dalam 2 minggu ini untuk membincangkan pelan kerajaan dalam mempertingkatkan halaju internet dan mengurangkan harganya!

Sumber: BERNAMA

Apabila ditanya sekiranya mengurangkan harga langganan internet akan mempengaruhi industri telekomunikasi, YB Gobind menjawab, ketua-ketua bahagian Kementerian telah menghasilkan kertas-kertas cadangan yang “boleh diusahakan”.

“Kami sedang melihat dua aspek – Pertama; mempertingkatkan halaju internet, secepat mungkin. Kedua; Mengurangkan kos langganan internet, yang juga mungkin mempengaruhi syarikat-syarikat telekomunikasi. Tapi kami mempunyai beberapa rancangan untuk dibincangkan nanti.”

Semoga setiap usaha tuan YB Gobind menemui kejayaan. Kitorang gamers tegar, sentiasa menyokong usaha sebegini.

Comments

comments