Activision mengesahkan bahawa pada tahun ini, game Call of Duty akan dibangunkan oleh Treyarch, pencipta yang terkenal dengan siri Black Ops.

Activision tidak berkongsi banyak maklumat untuk game Call of Duty tahun ini. Tapi khabar angin mengatakan ia akan menyambung siri Black Ops.

Pengesahan yang mengatakan Treyarch akan menghasilkan game Call of Duty 2018 hadir selepas satu laporan yang mengatakan Black Ops 4 ialah nama untuk game Call of Duty tahun ini. Menurut laporan itu, ia akan mempunyai kurang elemen sains fiksyen dan futuristik.

Game terbaru Call of Duty tidak akan diumumkan sehingga musim bunga, selalunya pada bulan April dan Mei di mana persidangan E3 dijalankan. Jadi kita perlu menunggu buat sementara waktu sehingga mereka mengeluarkan maklumat yang lebih spesifik.

Treyarch juga ialah pencipta kepada mode Zombies, jadi tidak hairanlah jika game COD terbaru kali ini akan ada mode tersebut.

Ia juga bukanlah satu kejutan Treyarch akan menghasilkan game Call of Duty terbaru tahun ini. Call of Duty: Black Ops III dikeluarkan pada tahun 2015. Jadi, melihat kepada kitaran pembangunan selama tiga tahun untuk game Call of Duty, sudah dijangka Treyarch akan menghasilkannya pada tahun ini.

Kitaran pembangunan game Call of Duty berputar di antara tiga buah syarikat, Treyarch, Infinity Ward dan Sledgehammer.

Comments

comments