Mengapa DICE gunakan sistem nombor yang lain?

Dalam siri panjang Battlefield, sudah ada Battlefield 2, Battlefield 3, Battlefield 4 dan Battlefield 1. Selain giliran nombor yang tidak mengikut urutan, ada satu lagi kekeliruan yang timbul, iaitu penggunaan sistem nombor roman dalam Battlefield V.

Sebelum Battlefield V diumumkan secara rasmi lagi, kami telah menjelaskan bahawa sekiranya judul Battlefield V adalah benar, ‘V’ tersebut menandakan simbol jari yang dipopularkan oleh Perdana Menteri Britain, Winston Churchill semasa Perang Dunia Kedua.

Setelah mengumumkan Battlefield V secara rasmi pada minggu lalu, kini, DICE telah mengesahkan tentang sebab mengapa sistem nombor ini digunakan. Menjawab tweet yang ditanyakan kepada akaun rasmi Battlefield, ini jawapan mereka:

“Dua jari dinaikkan (seperti ‘peace’) mewakili ‘V for Victory’. Frasa dan tanda ini pernah dipopularkan oleh Winston Churchill dan banyak digunakan oleh sekutuya semasa Perang Dunia Kedua. Ia juga adalah kenapa kami memilih untuk menggunakan sistem nombor roman berbanding nombor 5 untuk judulnya.”

Jadi, peringatan untuk semua, game ini tetap dipanggil ‘Battlefield Five’, bukannya ‘Battlefield Vee’.

Battlefield V akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 19 Oktober ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.